rumahku syurgaku

faktor utama yang mengorak keluarga atau rumah tangga islam ialah suami dan isteri. rumah tangga mesti dibina atas taqwa yang kukuh yakni dengah menjadikan Tuhan sebagai cita-cita dan matlamat utama. itulah bezanya rumah tangga biasa dan rumah tangga luar biasa.

Biasanya suami..
  • kalau baik pon, setakat jaga makan dan minum keluarga sahaja. tanggungjawab terutama dalam soal memberi ilmu dan didikan agama biasanya terabai.
Suami luar biasa...

  • ahli keluarganya sangat dijaga keperluan hidup lebih2 lagi tanggungjwb dalam memberi ilmu dan didikan agama sangat diutamakan.
Biasanya suami...

  • mudah melenting apabila isteri atau anak membuat salah. ataupon ada juga suami yang membiarkan sahaja anggota keluarganya berbuat sesuka hati, tidak kira betul atau salah.
Suami luar biasa...

  • apabila isteri atau anak2 buat salah, diberinya tunjuk ajar untuk membetulkan kesalahan itu. dia tahu mereka buat salah kerana kecetekan ilmu, kurang bimbingan, terleka, atau kerana dorongan nafsu.
Biasanya suami..

  • menyerahkan bulat2 tugasan mengurus rumah tangga kepada isteri sekalipon dia tahu isterinya penat kerana turut bekerja. baginya, kerja rumah itu kerja perempuan.
Suami luar biasa..

  • sentiasa memberi dorongan terhadap isteri dlm urusan rumah tangga, karier dan anak2 untuk mengejar keredhaan Tuhan. menyelesaikan urusan rumah tangga adalah satu kerja yang sgt besar kepada seorang ibu demi untuk melahirkan pemimpin2 negara yang takut dan cinta Tuhan.
Biasanya suami..
  • suka memandang perempuan lain di tempat kerja atau di luar rumah. sebab itu banyak kes2 suami main kayu tiga. porak-peranda rumah tangga dibuatnya.
Suami luar biasa..
  • berpegang pada larangan Tuhan supaya tidak memandang wanita lain. yakni tidak memandang secara lahiriah atau memberi perhatian dan perasaan terhadap wanita lain. maka hati suami tertumpah pada isterinya sahaja. baru aman rumah tangga.

8 tukang karut:

SI Gadis said...

sume nak laki luar biasa.. mane nk cr??

n a r d indie winkie said...

hehe.. cari, insyaAllah jumpe. moga kamu dipertemukan kepada lelaki luar biasa..:-]

amrarfazmn said...

ahaks.. nak laki luar biase? pastikan korang luar biase gak la.. :P

n a r d indie winkie said...

nak kitorg luar biasa gi mana itu??? haha.. ko dlm kategori luar biasa tak?;-p

amrarfazmn said...

aku bese2 jerk~ yang luarbiasenye bini ak je tau.. hak3.. :P

n a r d indie winkie said...

bini ko yg luarbiasa?? hoh? cam pelik plak dengar:-p

amrarfazmn said...

aiyok.. ko baca ngan nada yang salah.. haha.. dats why ko xpaham.. xpe.. tanak ko faham pon.. hahaha..

Erieq said...

kalau kite nak cari lelaki yang hafal alqur'an.,jadi kite kena la hafal dulu.,tak gitu amir.ape2 pun dlm kitap sudah menyatakan.,lelaki yang baik untuk pmpn yg baik.,atau sebaliknye