The-Unknown-Entitled

Hye all.. Aku dah kembali semula ke tanah air. Cewah..macam aku pergi overseas jek. Padahal pegi KL jek pun. Anyway, exhibition aku aritu best la jugak. Tapi hampeh sebab duk hotel murah yang menternak hama. Aku taknak mention la hotel mana ya. Yang penting hotel bajet. Almaklumla, syarikat aku tak dapat nak sponsor duk hotel mahal2. Huhu.. Walau bagaimanapun, malam terakhir, kami dapat jugak berpindah ke hotel yang lebih baik dan lebih selesa. Alhamdulillah.

Disini, aku tepek sedikit gambar masa exhibition untuk tidak menghampakan korang (bajet artis sungguh).


Ok, hanya satu gambar sahaja. Aku kedekut nak tepek. Haha.. Kami Power Rangers Orange.

Anyway, setelah bekerja 4 bulan, aku dapat view dah yang life keje menarik tapi tension. Tension keje banyak. Dan tension bila orang lain dah masuk gaji, ko punya tak masuk2. Oh.. pening nanti. Ko punya bayaran tertunggak-tunggak. Dapat duit sume benda duk tunggu untuk dibayar. Tapi pape pon, keje aku setakat ni sempoi jek. Kadang-kadang sahaja sibuk.

Cuma sekarang ni aku tetiba rindu untuk naik bas. Bukan bas ting tong, tapi bas express yang biasa aku naik bila mahu pergi ke Pulau Pinang waktu aku seorang pelajar dulu. Bila aku melalui perhentian bas bentayan, aku rindu sangat.

Aku rindu waktu aku naik bas malam-malam, pukul 8 lebih pas isyak, parents aku dah siap-siap nak hantar pegi perhentian bas. Waktu tu kelam kabut dengan jalan jam kat sana sebab banyak bas. Dan best dapat naik bas pukul 9.30 tapi bas tak jalan- jalan jugak. Best naik bas dan tetiba aku terjumpa Fitrien yang kebetulan satu bas dengan aku. Best sebab aku suka balik ari Ahad, dan sampai Penang dah pagi Isnin. Pastu terus gerak pegi kelas. Haha..

Best jugak bila dah sampai stesyen bas Sungai Nibong, aku menaiki teksi yang kalo naik sorang kena RM15 walaupun jaraknya ke USM hanya la 10 min (lebih kurang la). Aku rindu naik bas sebab bila aku bertolak nak balik Muar pulak, aku akan bertolak malam jugak dari Penang sambil menyaksikan keindahan jambatan di waktu malam. Dan pukul 5 pagi aku akan call abah bagitau aku dah sampai Tangkak.

Dan best sebab bila sampai2, nanti bleh terus breakfast kat luar. Hehe.. Best jugak sebab bila sampai2 rumah memang tak boleh nak tido dan terus menghadap MTV tengok video-video muzik untuk lepas gian.

Dan best jugak kadang-kadang aku pergi ke Kota Bharu jumpa abe. Oh..rindu sokmo pada demo weh. Dan best aku akan lalu highway pantai barat yang agak menakutkan jalannya. Best bila sampai2 aku tunggu dia sampai aku sendiri tak tau kat mana lokasi aku. Best bila dia cari aku sampai marah2 aku kat mana. Haha.. mana aku tahu lokasi aku sebenarnya. Yang aku tahu tempat turun bas dan bukan tempat yang belakang KB Mall tu. Best lepas tu kami pergi solat subuh dan terus pulak travel balik Muar. Gedik sungguh waktu itu nak balik sama2. Gedik pun aku rindu naik bas.

Dah cukup. entah apa aku ngarut rindu naik bas. Tapi pape pon, waktu macam tu aku tak dapat nak rasa lagi. Sungguhpun aku sambung master, mungkin bukan di USM lagi. Dan tak dapat la nak rasa lagi naik bas 8 jam.

Ok, cukup dulu aku membebel. Pasni aku rest jap blog sebab aku kena pegi lagi exhibition di tempat sama, KLCC pada 9-11 November. Korang rajin datang la kalo nak tahu info pasal kelapa sawit. Hehe.. jumpe di sana.