syukur...

Syukur aku dapat panggilan untuk ujian Malaysian Teacher Selection Test (M-Test) sabtu ni. Walaupun panggilan ke-2, tapi akan aku cuba lakukan yang terbaik. Dapat panggil test jek pun jadi la. Hehe.. Doakan aku kawan2...

Kalau Tuhan itu baik, kenapa buat Syurga??

Aku tertarik dengan e-mail yang dihantar oleh seorang sahabat aku. Jadi aku post untuk kita jadikan renungan. Kalo yang dah pernah baca, suka hati la kalo korang nak baca lagi. hehe..

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam
Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dlm setiap operasi sebegini,seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…
Setelah
surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, Ustaz ni pun bagi la nasihat, “lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”


Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: “Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.. Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, Ustaz tu pun jelaskan .“perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok.. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?” tanya ustaz.


“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:”Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian...semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. ”

End of my story.

SPM is OUT!!

Hari ni result SPM 2009 keluar. So, bagi yang berjaya tahniah aku ucapkan. Start tahun lepas, semua student tak boleh nak ambik subject lebih-lebih macam zaman aku dulu. Semua limit 10 subjek jek. Dan kalo cam zaman aku dulu, korang mesti familiar dengan nama Nur Amalina. Waktu tu, pelajar yang cemerlang dah diumumkan awal-awal tak silap aku. Sebelum result SPM keluar lagi.

Tetibe teringat pulak kan. Yela, rindu gak zaman sekolah ni. Bile dah keluar result SPM, nak tahu pelajar terbaik. Pas nak tahu pelajar terbaik, nak tahu sekolah-sekolah terbaik pulak. Tapi agak mengecewakan la bagi aku budak ANSARA. Kalo google, memang susah nak jumpe list MRSM terbaik. Tapi takpela, yang aku jumpe list sekolah-sekolah terbaik SPM 2008 termasuk jugak dalam tu MRSM. Jadi aku fikir tiada diskriminasi. Tapi, kebanyakan pun hanya ada sekolah-sekolah terbaik kerajaan. Bermakna MRSM is out of the list. Okay.

Ape-ape pun, aku nak tahu jugak camne dengan list sekolah-sekolah terbaik SPM 2009. Kalo tahun 2008 MRSM ranking 1 hingga 3 diikuti SBP untuk Top 10. camne plak tahun ni?

P/S: ini bukan diskriminasi okay. Sekolah mana pun bagi aku sama jek. Yang penting usaha kita.

propaganda?

Hey peeps. Bertemu kembali. Aku sedikit kekeringan idea sejak akhir-akhir ni. Memang takde idea nak tulis ape kat blog.

Actually aku ada sedikit perkara untuk dikongsikan. Baru-baru ini aku pergi ke Segamat. Bukan untuk berjumpa buah hati, sebab dia takde kat Segamat sekarang. Hehe.. Tapi aku pergi untuk menemankan sepupu aku, Mek. Rumah dia terletak satu taman la degan En Dean Dang ni. Tujuan aku pergi untuk menemankan Mek yang keseorangan dek kerana suami dia takde hujung minggu lepas. Lagipun dia ada sukan kat sekolah yang perlu dia handle pagi Sabtu.

Ok, ape yang aku nak kongsikan ni mengenai baju kurung.. Mek telah membeli 2 pasang baju kurung yang berlainan warna, tapi corak yang sama dari sebuah kedai di bandar Segamat. Baju tu aku tak tahu la berapa lama dah dia beli. Satu hari waktu dia sedang menggosok baju, dia pun belek la corak pe yang ada kat baju. What a surprise. Korang tahu ape? hurm.. tengok gambar kat bawak k.


Inilah bajunya.


Close up sket. Korang nampak apa?


Ha, tu dia. Nampak tak? Ada perkataan 'Allah' dan juga seorang lelaki tengah berkhutbah.

Baju kurung yang warna kuning plak. Tapi yang ni part kain je ada. Baju corak lain siket.

Dan mungkin yang ni lagi jelas.

Jadi korang semua pikir-pikir kan la. Kenapa perlu ada corak sebegini pada kain, dan seterusnya dijadikan baju kurung. Adakah ini agenda orang Kristian untuk menjatuhkan kita? Aku pun tak tahu nak ulas atau buat kesimpulan macam mana. So korang nanti cek la baju kurung kot ada jugak yang lebih kurang corak macam ini, atau tersembunyi kalimah Allah disebalik corak baju kurung yang kita rasa cantik. Dan jika ada, elakkan la dari memakai walaupun korang beli mahal. Fikirkanlah untuk sayang pada baju atau sayang pada Allah.

dilemma


Baru-baru ni aku macam ada masalah dalaman la. Aku susah nak menerima seseorang untuk ada ikatan dengan family aku. Dan overall adalah girls. Kenapa ya?

Tapi aku rasa bukan sekarang, dulu pun aku dah start macam ni. Aku suka usya slack dengan orang. Memang habit aku ke? Dulu memula adik aku nak ada girlfriend, aku tak boleh nak terima sebab dia freehair. Aku seboleh-boleh kasi dorang break. Jahat seh. Tapi memang ending nya break. Ada orang cakap, orang pakai tudung pun bukan baik pun. Ya, aku tak nafikan. Aku pun memang tak baik pun. Entah-entah dosa aku lagi banyak dari orang yang aku usya slack tu. Huhu..

Aku nak buang sifat ni, tapi tak boleh. Even though perempuan tu pandai camne pun, ex-SBP yang tip top sekali pun, aku cam tak boleh terima. Tapi ape hak aku. Aku bukan leh buat ape pun. Aku ni busuk hati ke? isk..isk..

Tapi perempuan tu tetap membuat usya slack aku menjadi-jadi bila dia buat perangai yang annoying. (Tak payah la mention ape. Imagine sendiri la ye guys.) Huh.. Lagi aku jadi tambah-tambah menyampah dan tak boleh nak terima. Ceh..macam la family aku ni dari kalangan syeikh ke ape sampai suma nak perfect kan? oh..please help me.

Adakah aku kena bersihkan hati supaya aku tak selalu memandang serong pada seseorang?

post untuk 2010

Lama dop kawe rehat? haha.. Setelah cool, dan cari idea, baru aku nak jejak balik blog aku yang tak seberapa initipati nya. Guys, rasanya tak terlambat untuk aku wish Happy New Year. Hehe.. Kat mana aku sambut? Better not to ask that. Aku tak suka join dan meng crowded kan diri ke dataran Tanjung Mas dan melihatkan bunga api yang hanya setinggi pokok kelapa sawit. So, there is no place like home. :-)

For sure, aku juga merasakan kesedihan berpisah dengan 2009. Banyak rentetan untuk aku ceritakan. But, I should choose what's the best. Oh yeah! Ini bukan best lagi kalo ceritanya tentang aku accident mac 2009. Itulah pertama kali aku mengalami pengalaman accident. Sorang2 plak tu. Dan yang lagi mencuakkan aku kerana waktu tu aku pakai motor Ego Kak Ain. Peh..cuak seh. Tuan punya motor yang balik ke BP waktu tu pasti marah bila dia dapat tahu motor dia cedera parah dari aku. Memang pun dia marah. Tapi nak buat camne, salah aku jugak. Dan sesungguhnya aku kurang berminat untuk membawa motor (cewah). Luckily aku dah ada kereta sendiri sekarang. Hehe..

But, since that aku sangat ngeri bila memandu di jalan licin. Sebabnya aku accident terlanggar bonggol yang aku tak nampak depan Saujana. Lagi-lagi tengah hujan dan menuruni bukit. Dan kedengaran orang menjerit ..AAAArgh... dari atas blok saujana. Mungkin sebab menyaksikan seorang gadis jatuh motor macam superman. Wtf. Bukan nak turun blok tolong aku ke. Tapi sebenarnya kalo dorang turun pun aku lagi malu coz dorang pasti akan tahu sape sebenarnya gadis misteri yang accident tu. Jadi aku cepat2 bangun. Syukurlah semua anggota badan aku takde pape. Kang lagi teruk kalo ada ambulans masuk Saujana dengan pak guard skali datang. Lagipun aku takde lesen motor okay. Jadi aku takut lagi berat kes tu.

Aku pun balik dengan membawa motor dalam keadaan yang lemah gile. Sampai2 bilik aku cite kat Aden dan call abah sambil nangis2. Memalukan sungguh. Haha.. Tapi ape2 pun perkara tu tetap takkan aku lupakan lagi2 dengan parut yang masih ada. Sungguh meninggalkan kenangan sewaktu di USM. Pasal ni aku ada cerita dalam kembali.





Lupa kan kisah 2009. Let bygones be bygones and start a new life. Azam baru? erm..aku tak terpikir pasal azam baru pun sebab tiap2 bangun pagi aku mengazamkan diri sendiri untuk sesuatu perkara tu. Hehe.. Be determined. Kalo kita dah aim sesuatu, teruskan ok? Teruskan capai ke tahap itu. Dan bagi aku, tahap yang aku impikan ialah kesenangan dengan keredhaan dariNya. And one more thing, aku nak cepat2 kahwin. Ooopps... Perlu berterus terangkah? :-p

Oh ya, satu benda untuk dikongsi bersama. Oleh kerana isu penggunaan nama Allah oleh Herald The Weekly Magazine sekarang ni, aku nak paste satu gambar yang mendatangkan ketidak senangan hati (am i spell right?) di kalangan kita (umat Islam). Erm..





aku dan nikon.. kami tiada skandal

Dear bloggers... Kembali semula aku untuk menge'post' entry baru. Sebabnya baru ada idea. Anyway, pagi ni aku lambat masuk opis. Bukan kerana aku lambat datang ok? Aku lmbt pun hanya 15 minit. Tak lambat kan? :-p

Well, its common to come late among us. But, this bad habit tak menyenangkan sesetengah pihak. Of course la my big bos (a.k.a hitler). Begitu juga parents aku, termasuk jugak la En. Dean. Kalo aku dapat tempat keje lain ni, memang takleh ikut habit ni. aish..

Alrite, duk tunggu mamat opis aku datang, tetiba hati aku cam tergerak nak selongkar dashboard aku dan cari CD. At first, aku ingat nak layan Simple Plan jap la. Dah lama tak dengar lagu dorang. Tapi CD lain yang aku jumpa. Ok, jangan fikir bukan2. Aku jumpe CD Butterfingers! Oh yeah. Kau orang memang rock la beb. Bila la mahu buat album baru lagi. Tapi yang aku dengar ni cume la album lama. Selamat Tinggal Dunia.

Mungkin tak semua layan macam apa aku layan. Well, its individual point of view. Tapi mungkin aku memang berjiwa seni agaknya, jadi aku mencuba melayan ape2 jenis muzik underground gitu. I discover this during Form 5, Tapi aku lom jadi fanatik. And banyak2 indie band, aku salute kau la Butter!!

Nard, sila jangan melalut!!

Ok2, sekarang ni aku semakin sibuk dengan job baru. Thanx kat Nuar coz banyak tolong aku. Secara tak langsung bagi aku peluang mendekatkan diri dengan benda yang aku idamkan selama ini. Apa lagi, DSLR la! Haha..

Aku start wat part time mengambil gambar2 pengantin. But i'm a beginner, so a lot of things to be learn. Especially how to shot in different angles, setting ISO in different situation, also be creative in thinking different pose. Fuh.. cabaran mengambil gambar ni bila kau kena shot outdoor dan waktu itu panas terik. Aku rasa cam dah gelap la plak. Ngade2 sungguh aku. Nak jaga kulit la konon. Haha..

Sini aku tepek gambar candid oleh Nuar jek. Gambar2 hasil aku ambik aku takde simpan. Sorry ya. Suma aku dah bagi kat brader Shah coz dia punya camera. Yeah..I love Nikon!!

Kalaula aku ada Nikon sekarang, akan ku bawa waktu Rock The World. Ceh..macam pegi jek.

Ok, layan gambar waktu nikah je. zass...



duka suka

Lama aku tak menyentuh keyboard dan memulakan semula entry aku yang sering tergendala. Actually, pagi2 aku pasti ada idea. Tapi bila aku dah menghadap skrin, hanya Dynomite yang jadi pilihan hati. Berat sungguh rasa hati untuk aku browse www.blogger.com. Tapi kali ini aku kuatkan hati aku menaip sedikit entry yang aku sendiri tak tahu padat ke??

Anyway, hati gundah gulana bila orang ada facebook. Tapi aku rasa berat hati sungguh nak buat. akaun Lagi2 aku sendiri tak mahu terlibat lagi dalam laman sosial. Aku bersara? Mungkin? Lagi2 gundah gulana bila si dia sudah punya facebook. Meninggalkan aku seperti di zaman yang kebelakang. Mungkin tak ada facebook, tak maju. Tak tahu la. Penting ke? Never mind. Aku masih boleh bernafas di dunia tanpa facebook.

Emosional huh? Mungkin jugak. Lagi2 aku tengah melayan lagu L. Daniele. - Melankolia Sungguhpun aku seperti sudah slow dengan dunia indie, tapi aku masih melayan lagu2, dan masih meng'update'kan diri. Camne aku update? Dengar xfm la. Macam promote lak kan. Emosi lagu ni sebab lirik dia. Korang cuba la hayati (kalo rajin).

Sayup,
Melihatmu,
Dingin tubuh,
Disisiku,
Wajah,
Senyumanmu,
Tiada lagi,
Detik ini,

Melankolia,
Buat kita,
Cinta ini kurasa,
Dugaannya,
Maha Esa,
Mengertilah,
Ku pinta Simpati..

Andai,
Dikau pergi,
Airmata,
Mengiringi,
Mungkin,
Kau disana,
Bahagia,
Lebih sempurna..

Melankolia,
Buat kita bersama,
Takdir memaksa,

Memisahkan Semuanya kuterima,

Maha Esa simpatilah,

Melankolia milik kita,

Andai,
Dikau pergi,
Airmata,
Mengiringi,
Mungkin,
Kau disana,
Bahagia,
Lebih sempurna..

Ya, aku jiwang kan? haha.. Tapi bukan jiwang karat. Harap maklum. Oke, mari membahagiakan diri. Aku cam nak share email dari aden. Dah lama dah dia pos, tapi cam best plak.


How smart is Your Right Foot?

Just try this. It is from an orthopaedic surgeon..... .......
This will boggle your mind and you will keep trying over and over again
to see if you can outsmart your foot, but, you can't. It's pre-programmed in
your brain!

1. While sitting where you are at your desk in front of your computer,
lift your right foot off the floor and make clockwise circles.

2. Now, while doing this, draw the number '6' in the air with your right
Hand. Your foot will change direction.

See, interesting isn't? Hehe.. ok, sini saja update terawal bulan disember.

p/s: Rock the world tahun ni dapat pegi ke tak ek?? Teringin seh.

The-Unknown-Entitled

Hye all.. Aku dah kembali semula ke tanah air. Cewah..macam aku pergi overseas jek. Padahal pegi KL jek pun. Anyway, exhibition aku aritu best la jugak. Tapi hampeh sebab duk hotel murah yang menternak hama. Aku taknak mention la hotel mana ya. Yang penting hotel bajet. Almaklumla, syarikat aku tak dapat nak sponsor duk hotel mahal2. Huhu.. Walau bagaimanapun, malam terakhir, kami dapat jugak berpindah ke hotel yang lebih baik dan lebih selesa. Alhamdulillah.

Disini, aku tepek sedikit gambar masa exhibition untuk tidak menghampakan korang (bajet artis sungguh).


Ok, hanya satu gambar sahaja. Aku kedekut nak tepek. Haha.. Kami Power Rangers Orange.

Anyway, setelah bekerja 4 bulan, aku dapat view dah yang life keje menarik tapi tension. Tension keje banyak. Dan tension bila orang lain dah masuk gaji, ko punya tak masuk2. Oh.. pening nanti. Ko punya bayaran tertunggak-tunggak. Dapat duit sume benda duk tunggu untuk dibayar. Tapi pape pon, keje aku setakat ni sempoi jek. Kadang-kadang sahaja sibuk.

Cuma sekarang ni aku tetiba rindu untuk naik bas. Bukan bas ting tong, tapi bas express yang biasa aku naik bila mahu pergi ke Pulau Pinang waktu aku seorang pelajar dulu. Bila aku melalui perhentian bas bentayan, aku rindu sangat.

Aku rindu waktu aku naik bas malam-malam, pukul 8 lebih pas isyak, parents aku dah siap-siap nak hantar pegi perhentian bas. Waktu tu kelam kabut dengan jalan jam kat sana sebab banyak bas. Dan best dapat naik bas pukul 9.30 tapi bas tak jalan- jalan jugak. Best naik bas dan tetiba aku terjumpa Fitrien yang kebetulan satu bas dengan aku. Best sebab aku suka balik ari Ahad, dan sampai Penang dah pagi Isnin. Pastu terus gerak pegi kelas. Haha..

Best jugak bila dah sampai stesyen bas Sungai Nibong, aku menaiki teksi yang kalo naik sorang kena RM15 walaupun jaraknya ke USM hanya la 10 min (lebih kurang la). Aku rindu naik bas sebab bila aku bertolak nak balik Muar pulak, aku akan bertolak malam jugak dari Penang sambil menyaksikan keindahan jambatan di waktu malam. Dan pukul 5 pagi aku akan call abah bagitau aku dah sampai Tangkak.

Dan best sebab bila sampai2, nanti bleh terus breakfast kat luar. Hehe.. Best jugak sebab bila sampai2 rumah memang tak boleh nak tido dan terus menghadap MTV tengok video-video muzik untuk lepas gian.

Dan best jugak kadang-kadang aku pergi ke Kota Bharu jumpa abe. Oh..rindu sokmo pada demo weh. Dan best aku akan lalu highway pantai barat yang agak menakutkan jalannya. Best bila sampai2 aku tunggu dia sampai aku sendiri tak tau kat mana lokasi aku. Best bila dia cari aku sampai marah2 aku kat mana. Haha.. mana aku tahu lokasi aku sebenarnya. Yang aku tahu tempat turun bas dan bukan tempat yang belakang KB Mall tu. Best lepas tu kami pergi solat subuh dan terus pulak travel balik Muar. Gedik sungguh waktu itu nak balik sama2. Gedik pun aku rindu naik bas.

Dah cukup. entah apa aku ngarut rindu naik bas. Tapi pape pon, waktu macam tu aku tak dapat nak rasa lagi. Sungguhpun aku sambung master, mungkin bukan di USM lagi. Dan tak dapat la nak rasa lagi naik bas 8 jam.

Ok, cukup dulu aku membebel. Pasni aku rest jap blog sebab aku kena pegi lagi exhibition di tempat sama, KLCC pada 9-11 November. Korang rajin datang la kalo nak tahu info pasal kelapa sawit. Hehe.. jumpe di sana.



tag + expo

Post today, aku jawab tag Nuar yang dah berminggu-minggu aku tangguhkan. Maaf la Nuar. Aku sememangnya malas nak jawab tag. Haha.. Tapi nak jaga hati ko, aku buat jugak. Amacam? Baik tak aku. Ngeh2..

1. Nama timangan anda
Family: Along & Nurul
Kawan2: Nard
Abe: haha.. secret la..

2. Anda seorang yang
emosional. :-p

3. Lagu feveret
Buat masa sekarang aku rasa best lagu Skudap Skudip - Ska La La

4. Makanan kegemaran
Pape yang mak aku masak memang sedap.

5.................-->sila tanya hua Seng
Soalan ape ni??

6. Warna kesukaan
Pink & Purple

7. Benda yang mesti ada dalam beg
Hp, beg duit, kunci kereta, compact powder, vaseline, Maybelline water shine.

8. Kali terakhir anda menangis
Tak ingat.

9. Sikap yang buat anda strezz
Keje banyak yang last minit, barang aku hilang dan tengok orang lain stress buat aku yang stress.

10.Tag 60 rakan anda
Nobody la. Kalo korang rasa nak buat, buat aje tag ni.

Ok, sape-sape lagi yang nak bagi tag kat aku harap bersabar nak tunggu aku jawab. Tambahan minggu ni aku sedikit sibuk sebab aku kena handle booth company aku kat LIVESTOCK ASIA EXPO & FORUM 2009 yang bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre. Korang free datang la ke booth company aku ya. No B106. Hehe.. Jumpa di sana. :-)