gambar lagi
patah balik
erm..bagi aku memula memang tak percaya, tapi bila benda tu berlaku sendiri, aku percaya la sket2. walaupon bukan 100% aku percaya. sebab benda ni mungkin kebetulan berlaku. dah kalo ditakdirkan kita mati, mati jugak. tiada lambat walaupon sesaat.
itula yang berlaku pada bulan lepas. kisah dua pupu (bukan kupu2 oke) aku yang terlibat dalam kemalangan meragut nyawanya. memang shock bile aku dengar. tambahan dia seorang yang sangat2 baik. cukuplah aku katakan namanya hafiz. kalo cakap nama penuh pon, korang tak kenal.
dia baru sahaja menghabiskan Asasi kat UiTM shah alam. and akan meneruskan pengajian di peringkat ijazah di UTM. waktu itu hari Jumaat pagi. mengikut cerita ibu dia, dia keluar pagi tu kerana nak pegi sekolah sains muar coz nak ambik sijil. tapi aku tak tahu sijil ape. kemungkinan besar sijil tamat sekolah.
dia yang dah keluar rumah, dah gerak jauh sikit dari rumah, then patah balik coz dia nak tukar kasut. pada mulanya dia pakai sandal jek. tapi mgkn sebab dia nak formal, jadi dia tukar kasut yang ok sket. dia yang bawak motor lalu jalan yang kurang sibuk. tapi ye lah kan, orang kata kalo dah ajal tak boleh nak elak. lalu jalan tak sibuk pon boleh accident lagi.
begitu la sedikit sebanyak pasal kisah patah balik. tapi kemalangan hafiz diharap jadi penutup atas kemalangan yang berlaku terhadap family besar aku nih. yang mana pada mulanya di mukaddimah kan oleh adik aku 2 orang ni. agak teruk dia accident smpi patah lutut.
memang tak sampai hati bile tengok adik aku mengalirkan air mata tahan sakitnya lepas operate masuk screw kat lutut. ini sedikit gambar yang boleh dikongsi.
and third accident plak sepupu aku, adib. yang underway home dari UTHM. erm.. yang ni smpi terlanggar tiang. tapi nasib baik dia takde ape2. cume kepala terhantuk kat stereng kete. cukuplah kisah accident. aku taknak lagi kehilangan nyawa orang2 yang aku sayang. :-(
words today

peeps, mari kita hayati sama-sama kata-kata di bawah.
Menyediakan waktu untuk tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa.
Menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan.
Menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan.
Menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu.
DAN..
Menyediakan waktu untuk beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

rindu dendam
untuk merawat rindu ini, aku nak jawab tag dari rakan seperjuangan aku yang macam Jepun nih (lebeh2 lagi dia baru balik Jepun. baru ke?:-p) si hani shakila..
JLQ 8546..muahaha
oke, di atas adalah bukan no ekor ye. tetapi no plet kete. haha.. ini la yang wat aku kena keje keras sekarang. untuk membayar duit kete ini. oh yeah.. work and work.
ape2 pon aku bangga dengan plet johor ni. cepat jek dah smpi L. mungkin sebab negeri maju kot. erk..adakah?
anyway, aku tak dpt nak bangga mana coz aku bukan orang johor. tetapi aku orang perak yang malu nak ngaku orang perak. (no ic tengah aku adalah 08 ye. bukan 01) muahaha.. bukan setakat kemelut di perak, tetapi kemelut dengan sedara mara. huhu..
tapi bile johor je, mesti dikaitkan dengan jawa. erm.. lagi2 aku duk dekat jek dengan parit jawa. korang tahu ke? tapi aku bukan jawa. setelah aku menyoal siasat nenek aku beberapa minggu lepas, katanya kami ni orang bugis. oh baru kutahu. ape2 pon bangsa, kita kan orang malaysia. cewah..
okeh.. ape2 pon aku suka duk kat Johor. lagi2 kat muar ni. marilah ke sua rasa sabtu ni. haha.. ntah pape jek. erm..
new day, new life
alrite, ni nak bercerita sempena hari first di bulan julai. hehe.. aku memulakan hidup baru. kenapa? kerana aku dah start keje. besh bangat. dapat kumpul duit sendiri. :-D
Alhamdulillah, keje aku dapat bersesuaian jugak la dengan kos aku time kat u dulu. dan syukur jugak, belum grad aku dah ada keje. insyaAllah, aku akan terus bekerja selagi lom ada offer gaji lagi tinggi dari ni. haha.. gile duit betul aku nih.
ya, aku keje sebagai microbiologist. tapi aku tgk, overall keje aku ni all in one. admin aku wat, lab pon aku wat jugak. out station pon insyaAllah. aku keje ni kat syarikat biotech kat muar. erm.. takleh specify. nak tahu korang cari. haha...
ok, ni dulu update wat masa skrg. ada banyak lagi nak cite. suka duka bulan jun yang telah berlalu. itu aku cerita untuk entry akan datang. yang penting aku sangat rindukan USM. rindu waktu belajar dulu.. huhu..
hurm..

aku mntk maaf kalo aku tak sempat nak berkunjung ke mana2 blog especially orang2 yang baru jadi followers aku. aku tak dpt nak view balik blog korang. tapi aku jnji bile sume dah oke, aku dtg jenguk.
ape masalah aku? ya.. masalahnye aku mengalami masalah internet yang melampau skrg. tak dapat nak online kat umah. huhu.. tapi insyaAllah bulan depan akan kembali normal.


interview

and dulu2 pernah interview ala2 nak kena interview keje. tapi skrg, aku betul2 dah kena interview keje. tapi interview cam hampeh. haha..
selasa lepas, aku pegi join apply jawatan pegawai tadbir kontrak kat melaka (tak agak2 nak mtk pegawai. haha.. peduli pe aku). ramai memang dasyat la. tapi aku kecewa, pengurusan tak sistematik. adakah memang begitu untuk apply keje kerajaan? swasta adakah lebih sistematik? aku pon tak tahu. yg pnting aku smpi dah nak give up je pegi interview tu.
tapi kesian kan ayah aku smpi tak pegi keje teman aku gi sana, sampai kami sesat nak ke alor gajah. sekali tmpt nak interview tu dekat bebeno (kata orang perak) dengan sekolah adik aku. hampeh sgt2 rasenye. jadi aku rase tak patut aku give up. oh ye, lokasi itu adalah di bukit beruang, yang mana takde sign board. bile dah nak smpi baru la ada. mane tak sesat.
oke2, smpi2 dah pkl 9.30. aku tak tahu brape ribu orang. tapi memang ramai. smpi ade yg dah dftr, tapi balik umah coz tak sanggup nak tunggu ramai2 di bawah panas terik. dftr pe sume dgn aku yg hampir2 nak pengsan akhirnya aku tunggu turn interview pkl 12 lbh.
tapi pkl 3.20 baru aku dpt kena interview. and this is group interview. mgkn sebab ramai sangat and dia nak settle cepat2. tapi, soalan....
gulp, dasyat ar. aku tak mau cite. susah gile. huhu.. dan aku tak confident aku dpt jawatan tu coz aku rase ramai yang lebih baik and dorang kebanyakan ada scroll. aku??? grad pon belum. huhu..
and semalam 2nd interview. aku cube jek jawatan kerani plak. haha.. sesaje nak keje sementara aku dpt keje tetap. tapi yg ni, orang plak takut nak hire aku keje. aduyai... mgkn sebab minimum hanya untuk lepasan spm. aku?? erk..takpela kak. ada rezeki ada la.. hurm..
hari-hari terakhir
tetibe lagu the official - hidup kita mula bermain2 di benak fikiran aku. lagu yang byk mengisahkan kisah hidup yang juga tak lari jauhnya dari hidup aku yang sebenar.
tapi, aku tetap abadikan kenanan bersama2 rakan2 seperjuangan aku walaupon di saat2 akhir. walaupon hanya melalui gmbar. tapi aku takkan lupa muka korang. huhu..sedih bangat.
aku tetap teringat, soalan2 familiar yang dorang akan tanya setiap kali terjumpe, berselisih.
"ko sambung master tak?". tak pun, "ko watpe pasni? keje ke smbg lagi?". walaupon lain soalan, tapi maksud yang sama. aku pon sampai tak tahu nak jawab pe. hurm.. bukan senang nak sambung. walaupon kalo aku wat poll, mesti ramai yang suggest sambung.
tapi, ada pros and cons nye. memang aku berhajat sangat2 nak sambung lagi2 bila USM skrg dah title APEX. tapi, apakan daya. mak aku nak sgt aku keje dulu. almaklumla, aku anak sulung. so, aku betul2 kena lepaskan family aku dulu. huhu.. takpela, aku ikut je keptusan mak aku. ada hkmahnye. nnti, ada rezeki, aku pasti sambung. (teringat dulu aku letak applied biology - USM first choice dlm borang UPU online. dan syukur, berjaya gak aku dapat kos ni. hehe..)
satu hal, kalo aku sambung master, aku mgkn taknak smbg dalam Molecular Biology. take time wat projek tu. setahun dua, belom tentu boleh grad. ada aku dengar cite, smpi 6 tahun buat master, projek takde hasil. last2 quit. tak ke membazir tu. hurm..
so, neway. back to the main story. ini aku upload kan sedikit gmbr buat kenang-kenangan. aku rindu korang!!!!
BBQ

*****
makan time di Seagate



*****
tutorial 1
so, ini tutorial pasal camne aku wat make up cam entry kat bawah ni. aku explain step by step k. hope, korang bleh la fhm.
first of all, pilih la gmbr yg korang rase yg mane patut di make up kan. so, aku pilih gmbr omputih mane ntah. yela. gmbr sendiri tak cantik. hehe..
oke, pas kita dah pilih gmbr tu, kena wat kulit muka nampak lebih lembut. jadi, duplicate layer dgn tekan control+D atau korang bleh right click kat thumbnail background and pilih duplicate layer. pastu, apply Filter>Blur>Gaussian Blur ikut cam gmbr bawah ni. make sure radius korang guna adalah 3.0.

oke skrg, kita kena setting layer mode and opacity/fill. disini, layer mode adalah Soft Light dan opacity kena setting jadi 60%.

lepas tu, pegi dekat Eraser Tool, and korang kena clear kan sume area yang ada selain muka. mata dan mulut pon kena padam jugak.

pastu, satu kan dua2 layer, background copy dgn background ni jadi 1. korang kena select dua2 layer ni dulu, pastu tekan Ctrl-E.

and sekarang, kita nak wat lipstick plak. pegi kat Polygonal Lasso Tool.

buat selection mcm ni:

tekan Ctrl-J untuk duplicate area bibir ni, pastu pegi kat Image>Adjustments>Hue/Saturation atau tekan Ctrl-U je dengan gune setting macam ni.

Untuk nmpk real lagi, korang kena pegi kat Eraser Tool and delete kawasan luar bibir yg kita tak mau. pastu set opacity pada 70% ikut aku. tapi bleh jek kalo ikut korang nak lipstick nmpk tebal atau nipis. hehe..







untuk proses tambah blusher plak. buat layer baru, pastu pergi kat Brush Tool dan cari Soft round brush. dan buatlah spot yang tak besar sgt kat dua2 bahagian pipi dia. make sure kaler korang pakai #ff94a8.

then, pergi ke Filter>Blur>Gaussian Blur dan pilih radius 17.
dah tu, pergi ke Eraser Tool, delete bahagian luar pipi yang kaler blusher dia terlebih tu. selesai tu, korang pegi la tukar mode ke Color.

so, selesai sudah. tapi pape pon setting yang aku bgtau tu just reference. korang leh wat setting sendiri. bergantung pada kaler yang korang suka.
so for this, ini la resultnye:

tapi aku mntk maaf gmbr tak clear. sebab aku salah save result ni. ter'save' pakai low quality. jadi gmbr pon pecah2. hope korang buat lagi oke. hehe.. selamat mencuba