erm..bagi aku memula memang tak percaya, tapi bila benda tu berlaku sendiri, aku percaya la sket2. walaupon bukan 100% aku percaya. sebab benda ni mungkin kebetulan berlaku. dah kalo ditakdirkan kita mati, mati jugak. tiada lambat walaupon sesaat.
itula yang berlaku pada bulan lepas. kisah dua pupu (bukan kupu2 oke) aku yang terlibat dalam kemalangan meragut nyawanya. memang shock bile aku dengar. tambahan dia seorang yang sangat2 baik. cukuplah aku katakan namanya hafiz. kalo cakap nama penuh pon, korang tak kenal.
dia baru sahaja menghabiskan Asasi kat UiTM shah alam. and akan meneruskan pengajian di peringkat ijazah di UTM. waktu itu hari Jumaat pagi. mengikut cerita ibu dia, dia keluar pagi tu kerana nak pegi sekolah sains muar coz nak ambik sijil. tapi aku tak tahu sijil ape. kemungkinan besar sijil tamat sekolah.
dia yang dah keluar rumah, dah gerak jauh sikit dari rumah, then patah balik coz dia nak tukar kasut. pada mulanya dia pakai sandal jek. tapi mgkn sebab dia nak formal, jadi dia tukar kasut yang ok sket. dia yang bawak motor lalu jalan yang kurang sibuk. tapi ye lah kan, orang kata kalo dah ajal tak boleh nak elak. lalu jalan tak sibuk pon boleh accident lagi.
begitu la sedikit sebanyak pasal kisah patah balik. tapi kemalangan hafiz diharap jadi penutup atas kemalangan yang berlaku terhadap family besar aku nih. yang mana pada mulanya di mukaddimah kan oleh adik aku 2 orang ni. agak teruk dia accident smpi patah lutut.
memang tak sampai hati bile tengok adik aku mengalirkan air mata tahan sakitnya lepas operate masuk screw kat lutut. ini sedikit gambar yang boleh dikongsi.
and third accident plak sepupu aku, adib. yang underway home dari UTHM. erm.. yang ni smpi terlanggar tiang. tapi nasib baik dia takde ape2. cume kepala terhantuk kat stereng kete. cukuplah kisah accident. aku taknak lagi kehilangan nyawa orang2 yang aku sayang. :-(