Raya 2009


Peeps.. Dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf sekiranya ada antara entri aku yang mengguris perasaan, yang agak keterlaluan. Almaklumla, aku pun biasa melakukan kesilapan. Ni aku tepek kad raya. Sudi2 la terima. Aku edit pakai photoscape jek. Tak dapat nak adobe photosop buat masa sekarang. Hehe.. So, korang2 sume jemputla bertandang ke rumah aku raya nanti k? Aku dapat cuti seminggu. Bos aku yang baik hati terus beri kami semua cuti seminggu sekali gus. :-p

Alrite, raya sekarang berbeza cam raya dulu2. Banyak sangat perubahan yang aku perasan. First sekali mungkin kad raya. Erm.. sekarang dah tak main lagi kad raya. Orang2 kat pejabat pos pon takde pening2 nak bilang berapa kad raya yang orang2 Malaysia pos tahun ni. Sekarang, orang prefer pakai sms jek. Ada yang pakai ym jek.

Kedua, kueh raya. Makin kurang orang yang buat kueh raya sendiri. Termasukla mak aku. Haha.. Orang semakin sibuk. Tiada masa untuk buat kueh. Dan syukurla ada kueh yang dijual di bazar2 mahupon expo2. hehe..

Actually, banyak lagi perubahan. Tapi aku bukan penganalisis perayaan untuk membuat sebarang kesimpulan. Apa pun, aku ada alasan tersendiri mengapa raya tahun ni aku jangka tak meriah dalam family aku. Hurm..

First of all, langsir rumah aku tak tukar. Because atas sebab2 tertentu, makanya, pakai aje la langsir lama. Dan aku rasa tak meriah kerana rumah aku tak cat baru. Walaupun aku mengajukan cadangan itu kepada parents aku, tapi dorang kata kang adik2 aku mintak baju la, kasut la, segala, jadi terpaksa dulukan dorang. Huhu.. Memang tak meriah coz takde perubahan warna rumah.

Ok, cukup dulu dilema raya yang aku hadapi. Sekarang plak, masalahnya tak meriah kerana ketiadaan datuk yang tersayang. Tanpa arwah, rasa cam tak happening. Dia meninggalkan kami Mac lepas. Before aku final exam time belajar dolu2. Ditambah pulak kelewat pulangan sepupu aku, Mek. Alasannya, preparation untuk dia bersanding 3 hb nanti. Oh, aku cam tak boleh terima alasan itu. Kebiasaannya dia sekeluarga akan pulang sehari before raya, tapi nampak gaya dia akan pulang ke kampung pada hari raya pertama. Itupun balik hari. Tiada lagi istilah berkumpul bersama keluarga lepas ini. Lagi2 tahun depan pasti dia akan beraya di kampung suami.

Sedihnya bila raya jadi tak happening. Aku cuma doakan moga satu 'miracle' akan datang. InsyaAllah..


pizza..nyum2

Tajuk status aku dalam Yahoo Messenger minggu lepas : "Pizza..Nyum2". Sila jangan buat spekulasi bukan2 oke. Memandangkan status yang aku sengaja letak di waktu siang kerana aku mengidam bukan2. haha.. Mengalahkan orang mengandung. Memang ramai jugak yang terus buzz aku tanye aku puasa ke tak. Startingnya soalan dari Ejon.

"Nad, kalo ye pon ko tak puasa, tak payah la bagi tahu semua orang"

Hoh..apakah? Tak sangka status camtu terus mendatangkan buruk sangka orang lain. Korang, tak baik berburuk sangka kepada aku yang tak bersalah. Haha.. Aku pun jelaskan perkara sebenar dan hajat aku yang mahu makan pizza. Teruknya ngidam aku nih sampai termimpi2.:-(

Seterusnya aku di 'buzz' oleh nuar dengan fahrul. Masing2 mengajukan soalan yang sama macam Ejon. hurm.. Penat aku explain satu per satu. Pasni memang tak boleh lagi aku letak status camtu.

Balik jek rumah, aku terus bagitahu hajat mulia aku nak makan pizza pada mak. Mak tak suka pizza. Dia prefer KFC. Tapi tekak aku nak makan pizza. Mak pun setuju jek. Lalu aku plan dengan si kembar no 1.

"Adik, malam nanti ko teman akak pegi pizza. Kita bungkus jek." Adik aku pun oke jek. Bila plan aku diketahui oleh abah, dia pun meng'order' mushroom soup. Last2 aku ajak sekali abah pegi. Hehe.. So, lastly, 3 orang ke pizza lepas terawikh. Kenapa lepas terawikh? Sebab time tu perut dah kruk krak balik.

***Muka mengantuk tunggu pizza siap***



***close up***

And finally, kami peluang ke rumah dan melahap la pizza yang di order tadi. Massala Chicken. Nyum2...

Tercapai la hajat aku kini...

sesekali layan lagu

Ada muzik yang mungkin dapat merelakskan fikiran. Bagi aku, macam tu jugak. Dan kalini aku memilih lagu dari Lenka. Lagu baru dia yang best. Thanx to Haziq, kalo tak kerana dia aku tak dengar mahupun download lagu ni. Hehe.. Nice. Nice.

Lenka - Trouble Is A Friend



Trouble he will find you, no matter where you go, oh oh
No matter if you're fast, no matter if you're slow, oh oh
The eye of the storm or the cry in the morn, oh oh
You're fine for a while but you start to lose control...
He's there in the dark
He's there in my heart
He waits in the wings
He's gotta play a part
Trouble is a friend yeah trouble is a friend of mine
Ah ooh...
Trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh
He sees what I see and he knows what I know, oh oh
So don't forget as you ease on down the road...
He's there in the dark
He's there in my heart
He waits in the wings
He's gotta play a part
Trouble is a friend yeah trouble is a friend of mine
oh oh
So don't be alarmed if he takes you by the arm
I won't let him win but I'm a sucker for his charm
Trouble is a friend yeah trouble is a friend of mine
ah ooh
How I hate the way he makes me feel
And how I try to make him leave,
I try, oh oh I try.....

fear factor malaysia

Mungkin perkara biasa di asrama mahupun mana2 gerai yang korang pegi makan dan terjumpa ulat sayur. Mungkin ada orang bila terjumpa ulat sayur tu terus takde selera nak makan. Mungkin juga seterusnya seseorang akan muntah mahupun loya dek kerana jumpa binatang macam tu dalam makanan.

Tapi pengalaman aku mungkin dasyat sedikit. Haha.. Dan mugkin korang punya pengalaman lagi maha dasyat. Anyway, cerita ni terjadi lebih kurang 9 tahun yang lepas. Semasa perjalanan pulang kami satu keluarga dari rumah makcik kat Pontian. Kami singgah di sebuah gerai di Parit Jawa kerana perut masing2 dah kelaparan.

Menu yang aku order adalah nasi goreng ayam. Makanan fevret aku la tu. Menu aku pulak sama dengan menu adik aku. Setelah sampai makanan yang kami order, apa lagi, masing2 pun makan cam tak ingat dunia. Sampaikan satu ketika adik aku perasan sesuatu kat dalam nasi goreng tersebut.

Pada mulanya disangkakan udang, sekali dibelek2 dan amat terkejut bila dia dapati bukan udang. Sebaliknya ulat gonggok. wtf. Dia keluarkan binatang tersebut letak kat sisi pinggan. Dia dah tergigit sedikit, yela, ingatkan udang. Katanya, masa gigit dia rase cam tanah. iyaks...

Aku pun stop makan sebab aku rasa mesti ada kot kaki ulat gonggok or what so ever dalam nasi aku pulak. Sebabnya, sudah tentu la diorang akan masak nasi goreng aku dengan adik aku dalam satu kuali yang sama. Jangan kata aku jek yang stop, aku rasa satu family aku stop makan sebab terus takde selera.

Bila ayah aku panggil waiter tu bagitahu ada ulat gonggok dalam nasi, dorang kasi adik aku order makanan lain. Tapi dia pun dah loya, dan terus takde selera nak makan benda lain. Kami bayar dan terus balik rumah. Dan kami tidak akan singgah ke kedai tu lagi. Sejak itu, kami panggil kedai makan itu kedai "Fear Factor". Haha..

kenangan terindah

Lepas balik terawih semalam, Kak Ain sms aku bagitahu yang dia rindukan waktu berbuka puasa waktu di hostel dulu. Isk.. actually before dia mesej, aku memang tengah fikirkan benda yang sama. Aku dapat rasakan berbuka dengan kengkawan kat bilik hostel yang sempit was an amazing moment.

Tahun ni merupakan pertama kali dalam tempoh 6 tahun aku berpuasa penuh di rumah sendiri. Setelah sekian 5 tahun itu aku merantau menimba ilmu. Ahaks.. Bukan la sampai overseas pun aku pegi study. Dalam Malaysia je pun. Start dari aku di MRSM sampai la ke U. Uiks.. sangat banyak experience berbuka puasa.

Masa kat MRSM, aku suka sangat time makan2 ni. Bukan pe, makanan kat sana sedap weh. Aku tak tipu. Dan menu berbuka puasa yang paling aku suka waktu kat sana adalah nasi tomato. Masyuk. Ikutkan mahu aje aku tambah2 nasi, tapi pikirkan aku disatu tempat public. Dan kami akan berbuka puasa secara dalam homeroom (homeroom ni mcm family la). Jadi tak boleh nak makan secara begitu. Hehe.. Pas makan kena hurry up pegi surau untuk solat berjemaah. Rindu bangat!!




Bila berbuka puasa kat Matrik pun best jugak. Tapi suasana berbeza la sedikit sebab makanan kena beli sendiri. Dan kami makan kat bilik jek. Tapi nice what. Aku tak boleh lupakan makan bersama-sama room mate aku, Nad dan Naili. Makanan pun not bad sedap. Iyargh..aku memang kuat makan!!!

And finally, 3 tahun berbuka kat Penang yang Indah. Makanan also sedap. Tapi mahal la sikit. Besela tu kan. Aku tak boleh lupakan karipap ayam 60 sen yang dijual kat bazar depan USM. Kalo la boleh pos karipap tu, nak je aku suruh sesape tolong belikan. hehe.. Sepanjang berbuka puasa, aku biasa makan dengan Fad and Shak. Kalo dorang ada hal baru aku makan dengan Kak Ain. Dan sesekali dengan Aden. Kenapa sesekali, sebab dia akan selalu berbuka dengan Fid. Tapi sesekali berbuka juga dengan diri sendiri. oh.. maksudnya sorang2 la.

Kepada you guys yang berbuka puasa kat hostel tu, hargailah masa ni. Benda ni takkan datang lagi except korang sambung study lagi. Tapi berbuka dirumah pun best sebab lagi banyak juadah yang family korang support. :-)


seorang ayah yang berat sebelah..

"Nad, nanti sabtu petang kita pegi cc ek. Aku nak isi borang keje online la. Aku tak tahan ayah dengan adik aku dah kutuk2 aku tak kerja".

Itulah mesej yang aku terima dari seorang kawan baik aku, Lisa (bukan nama sebenar oke).

Lalu aku membalas, "Ko nak isi keje online? Sekarang bukan senang nak dapat keje Lisa. Baik ko sambung belajar jek". Aku tersentuh menerima sms dia di satu pagi. Bersungguh2 dia ajak aku pegi cc. Atas dasar nak tolong kawan sendiri, aku pun mengiyakan.

Aku sangat kasihan dengan dia. Seolah2 di anak tirikan oleh ayah sendiri. Aku teringat satu hari aku ke rumah dia, time tu kebetulan nak pegi cc jugak. Hanya RM5 yang diminta, tapi aku sangat tak faham kenapa dengan perangai ayah dia sampai dibaling jek RM5 tu. Tak boleh ke bagi duit tu dengan cara yang betul. Duit tu rezeki. Melihat keadaan itu, mak dia menangis tapi cube selindung dari aku. Walaubagaimanapun, aku tahu mak dia sedang menitiskan air mata.

Mak dia pernah juga bertanya pada aku,

"Nadia, ayah ada bagi duit tak kat mak?" Aku pelik dengan soalan mak cik tu. Kan seorang suami perlu bagi nafkah zahir dan batin pada isteri. Begitu juga dengan ayah aku. Tentula dia akan bagi sedikit wang pada mak kalo mak memerlukan. Begitu juga dengan anak2 dia.

"Bagi". Jawab aku memberitahu yang ayah aku akan bagi duit.

"Pakcik tak pernah bagi makcik duit. Dengan jual ais krim dan jajan ni la makcik kumpul duit sendiri." Sedih aku dengar. Berapa sen la dapat duit dari berniaga macam tu. Lagipun berniaga kat rumah dan budak2 yang datang boleh bilang. Memang tak sampai 10 orang.

"Pakcik kalo Ita nak duit, macam senang jek pakcik bagi. Tapi dengan makcik dan Lisa, tak da pun." Ita tu adik kepada Lisa. Dia belajar di sebuah politeknik di Utara. Memang anak emas ayah dia. Punya sayang pada Ita, lesen moto kereta yang bernilai RM1+++ pun dia sanggup bayar. Tapi kenapa Lisa nak duit sedikit jek untuk belanja payah dia nak bagi.

Aku bersyukur sebab ayah aku bukan pilih kasih. Dia melayan semua anaknya sama rata. Takde yang lebih atau kurang. Aku bersyukur keluarga aku bukan macam keluarga Lisa. Harapan aku sekarang, moga Lisa dapat keluar dari belenggu keluarga dia. Kalau aku ditempat dia, mungkin aku boleh terkena tekanan perasaan.

Aku mengepos entry ni sebab aku rase benda ni bukan berlaku pada keluarga Lisa jek. Tapi mungkin pada orang lain. Apa2 pun, sebagai renungan sahaja.

yeah.. puasa!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Di kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak. Inilah bulan yang sangat aku nanti-nantikan. Tidak dapat aku bayangkan nikmatnya berpuasa dan kelebihan bulan ini pada umat manusia.

Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna. Amin.. Sebut pasal bulan mulia ni, aku pernah mengalami saat2 best dalam bulan ini. Ada 2 peristiwa pelik yang pernah aku lalui.
***********************
First of all, perkara ni berlaku semasa usia aku 12 tahun. Aku dah mula tahu bulan ni memang banyak manfaatnya. Macam2 perkara ganjil boleh berlaku.

Perkara yang berlaku ini sekitar jam 3 pagi. Mungkin la sebab aku sendiri tak berapa nak ingat. Almaklumla, diri semakin tua, jadi banyak benda kita lupa. Tapi aku tetap respect nenek aku yang ingatan dia sangat kuat sampai boleh cerita sesuatu seolah2 peristiwa tu baru berlaku semalam. Hehe.. Ok, back to the main topic. Semasa kejadian aku tetiba terjaga dari tidur seolah-olah ada orang mengejutku. Aku terus tak boleh melelapkan mata walaupun aku cuba. Lagi2 sewaktu itu rumah aku dan rumah sekeliling black out. Memang gelap gelita.

Aku yang tidur berseorangan dibilik, sebab masa tu aku sorang je anak perempuan, tetapi aku tak fikir apa2 akan berlaku. Sehinggalah tetiba bilik aku seolah2 dicurahi cahaya sedikit demi sedikit. Cahaya tu datang dari luar, tapi dapat aku lihat terangnya melalui tingkap bilik aku. Aku tak berani nak buka tingkap walaupun sekejap. Jadi aku yang ketakutan juga time tu mendiamkan diri sahaja dan lihat ape yang akan berlaku. Cahaya tadi terus bergerak menuju ke barat. Aku mula pikir sama ada ianya UFO. Tapi kenapa cahayanya sangat terang sampai dapat menerangi rumah aku. Sampai sekarang aku tak tahu apekah cahaya tu. Kalo korang tahu serba sedikit bgtahu la. Aku betul2 nak tahu. Dan apa yang pasti peristiwa tu berlaku pada malam Nuzul al-Quran.
*********************
Peristiwa kedua pulak berlaku sewaktu aku tingkatan 3. Waktu tu aku stay up sebab aku akan menduduki peperiksaan Darjah Khas. Darjah Khas ni hanya ada kat Johor jek dan periksa ni sangat penting. Erm.. Aku tak berapa pasti waktu kejadian. Mungkin pkl 2 lebih pagi. Tapi yang penting ianya dalam 10 mlm terakhir ramadhan. Waktu tu aku memang khusyuk menghafal dan membaca buku2 agama ni. Kebetulan ayah aku pula sedang solat sunat di biliknya. Jadi aku takde la berapa nak takut duk sorang2. Sesekali pikiran aku melayang pada cerita2 mengenai malam 10 akhir ni. Dalam hati aku terdetik kalaula aku dapat alami peristiwa yang orang lain takkan pernah alami.

Tetiba di waktu malam yang sunyi, aku terdengar suara seseorang yang agak garau sedikit bunyinya memberi salam pada aku. "Assalamualaikum". Itu sahaja yang aku dengar. Suara itu datang dari arah depan rumah. Memang sangat jelas bunyinya. Bulu roma aku mula meremang. Lantas aku pergi ke bilik ayah aku untuk bertanyakan sama ada dia juga ada dengar atau tak orang beri salam. Sebaik aku sampai bilik dia, dia tengah tidur di atas sejadah. Aku terus kejutkan dan tanya. Tapi dia kata tak dengar. Jadi aku sorang aje ke yang dengar? Erm.. suara siapakah itu..

flu oh flu

Recently, we are shocked by the presence of H1N1. The killer virus and it might scared us. Tetiba teringat balik waktu blajar virology dulu. This kind of virus comes from the family of Orthomyxoviridae. Dan H adalah merujuk kepada Hemagglutinin sementara N merujuk kepada Neuraminidase.

Tapi, aku dah banyak lupa la pasal virus ni. huhu.. lagipon subjek ni aku dapat paling teruk dulu. Aduh..memang sangat susah. Respect la pada bebudak yg skor subjek ni. haha..


But anyway, aku bukan nak ajar subjek virology pada hari ini. Tapi aku just nak bagi pendapat cara mencegah. Yela, mencegah itu bukan ke lebih baik dari mengubat. hehe..
Alrite now, pada pendapat aku, cara nak avoid benda alah ni selain korang elakkan dari pegi ke tempat2 awam dan memakai mask ala2 ninja ni, korang kena pandai psycho diri la. Maksud aku, korang kena set dalam kepala yang korang ni kuat. Even kita tak boleh nak cek antibodi ni kuat ke lemah, tapi cube dulu la set yang korang ni takkan kena sakit ni. Yeah, ini terbukti bile aku dengar kat dalam nasi lemak kopi o pagi ahad lepas. Tak sangka teori ni boleh pakai.

And korang cuba la amalkan baca selawat syifa'. Aku yakin selawat ni dapat elakkan kita dari penyakit. Lagipon selawat ni tak susah. hehe.. So, cube amalkan baca 7 kali setiap lepas solat 5 waktu. InsyaAllah..dijauhkan..


the call

"Tiada panggilan paling penting dari panggilan Ilahi." Ayat yang tak dapat dinafikan lagi. Sume orang perlu menghadapinya. Itu pasti.

Because of that, I would like to offer my deepest condolescence to Ustaz Asri Ibrahim's family.

Ketua kumpulan nasyid Rabbani yang baru sahaja pulang ke Rahmatullah pagi tadi. Pemergian arwah setelah 2 bulan pemergian kazenku, Mohd Hafizzudin Hasni, yang juga anak buah Ustaz. Itulah kazen yang aku ada citer dalam entry aku, patah balik.

Semoga mereka dapat berehat dengan aman di alam baru.

Al-fatihah..

reasons to love Penang

***number one***

rumah Hani best!

rumah Hani best!

rumah Hani best!

***number two***

makanan Penang best! Sangat boleh untuk menambahkan berat badan.

***number three***

Memories that never been fading away.
Meet all friends again. Hang up with them, especially Aden just now. Hehe..

_________________________________________

A lot of thanks to Hani coz she asked me to update my blog from being "bersawang".
But later then, I don't know whether I still had much time to update my blog.
And I am so excited to KF and also Kapten on how they manage time in blogging and work.
Hehe..
Wish to be like them too. Do they have any secrets that need to be shared? :-p
Alrite, that's all. Can't wait to meet "Mr Friday" because this could be the precious moment in my life. Graduation Day!!!!