Raya 2009


Peeps.. Dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf sekiranya ada antara entri aku yang mengguris perasaan, yang agak keterlaluan. Almaklumla, aku pun biasa melakukan kesilapan. Ni aku tepek kad raya. Sudi2 la terima. Aku edit pakai photoscape jek. Tak dapat nak adobe photosop buat masa sekarang. Hehe.. So, korang2 sume jemputla bertandang ke rumah aku raya nanti k? Aku dapat cuti seminggu. Bos aku yang baik hati terus beri kami semua cuti seminggu sekali gus. :-p

Alrite, raya sekarang berbeza cam raya dulu2. Banyak sangat perubahan yang aku perasan. First sekali mungkin kad raya. Erm.. sekarang dah tak main lagi kad raya. Orang2 kat pejabat pos pon takde pening2 nak bilang berapa kad raya yang orang2 Malaysia pos tahun ni. Sekarang, orang prefer pakai sms jek. Ada yang pakai ym jek.

Kedua, kueh raya. Makin kurang orang yang buat kueh raya sendiri. Termasukla mak aku. Haha.. Orang semakin sibuk. Tiada masa untuk buat kueh. Dan syukurla ada kueh yang dijual di bazar2 mahupon expo2. hehe..

Actually, banyak lagi perubahan. Tapi aku bukan penganalisis perayaan untuk membuat sebarang kesimpulan. Apa pun, aku ada alasan tersendiri mengapa raya tahun ni aku jangka tak meriah dalam family aku. Hurm..

First of all, langsir rumah aku tak tukar. Because atas sebab2 tertentu, makanya, pakai aje la langsir lama. Dan aku rasa tak meriah kerana rumah aku tak cat baru. Walaupun aku mengajukan cadangan itu kepada parents aku, tapi dorang kata kang adik2 aku mintak baju la, kasut la, segala, jadi terpaksa dulukan dorang. Huhu.. Memang tak meriah coz takde perubahan warna rumah.

Ok, cukup dulu dilema raya yang aku hadapi. Sekarang plak, masalahnya tak meriah kerana ketiadaan datuk yang tersayang. Tanpa arwah, rasa cam tak happening. Dia meninggalkan kami Mac lepas. Before aku final exam time belajar dolu2. Ditambah pulak kelewat pulangan sepupu aku, Mek. Alasannya, preparation untuk dia bersanding 3 hb nanti. Oh, aku cam tak boleh terima alasan itu. Kebiasaannya dia sekeluarga akan pulang sehari before raya, tapi nampak gaya dia akan pulang ke kampung pada hari raya pertama. Itupun balik hari. Tiada lagi istilah berkumpul bersama keluarga lepas ini. Lagi2 tahun depan pasti dia akan beraya di kampung suami.

Sedihnya bila raya jadi tak happening. Aku cuma doakan moga satu 'miracle' akan datang. InsyaAllah..


13 tukang karut:

ɥ s ɐ u said...

nard selamat hari raya aidilfitri k.
raya jgn mkn byk2, nnt naek berat badan la.
n selamat bercuti ye :>

farah said...

selamat hari raya dik.

:)

eiza in the house.. said...

selamat hari raya nard..maaf dipohon..jemput ambik kad kat blog akak k..

klu lalu kat bp singgah2 la..:)

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

terselamat hari paling raya kat nard.hehe. jangan main mercun banyak sangat. nanti terabai pelajaran.haha tiba2. k selamat hari raya ye ye ye.

Unknown said...

huhuh. sedey nyer.. puase blom abish lagi.. dah nk raye.. nanti kite leh konvoi raye ramai2.. ajak dak2 nie..

n a r d indie winkie said...

to nash: hehe..takpe, time pose nnti mesti control makan punya

to farah: selamat hari raya jugak sis.

to eiza: baik. nnti saya singgah. insyaAllah. rumah akk kat area mana ek? hehe..

to .rafiq.: haha..saya tak main mercun. ape barang. ahaks.

to nuo vic: jom kita raya umah emi kalo dia wat open house. haha

speckurosaklagi said...

shra nard...

dah besar feel raya pun kurang kan..like me...

huhu anyway...hope tis raya have a sumting to remember...k

ɥ s ɐ u said...

time puasa?
bukan tinggal berapa hari je lg.
or nard maw puasa 6?

mrhasifrahman said...

hee...
raya dulu la paling best !! =)

skrang best gak
tapi dah takda sama mcm dulu

suka buka peti surat nak amek kad raya
bukan diri sendiri punya pun takpa
ahahahaha

tapi skrang
buka peti surat pun
kosong
tak pun bil rumah
ahaha =D

Encik Ariff said...

selamat hari raya.
:)

Wan Fara said...

selamat hari rayaaa..~~

Anonymous said...

slamat ari raye...nk wit raye...

primahdona said...

nad,
nie illy..
neway selamat hari raya aidilfitri.
maaf zahir dan batin
illy ad blog br.
yg nie okey