fear factor malaysia

Mungkin perkara biasa di asrama mahupun mana2 gerai yang korang pegi makan dan terjumpa ulat sayur. Mungkin ada orang bila terjumpa ulat sayur tu terus takde selera nak makan. Mungkin juga seterusnya seseorang akan muntah mahupun loya dek kerana jumpa binatang macam tu dalam makanan.

Tapi pengalaman aku mungkin dasyat sedikit. Haha.. Dan mugkin korang punya pengalaman lagi maha dasyat. Anyway, cerita ni terjadi lebih kurang 9 tahun yang lepas. Semasa perjalanan pulang kami satu keluarga dari rumah makcik kat Pontian. Kami singgah di sebuah gerai di Parit Jawa kerana perut masing2 dah kelaparan.

Menu yang aku order adalah nasi goreng ayam. Makanan fevret aku la tu. Menu aku pulak sama dengan menu adik aku. Setelah sampai makanan yang kami order, apa lagi, masing2 pun makan cam tak ingat dunia. Sampaikan satu ketika adik aku perasan sesuatu kat dalam nasi goreng tersebut.

Pada mulanya disangkakan udang, sekali dibelek2 dan amat terkejut bila dia dapati bukan udang. Sebaliknya ulat gonggok. wtf. Dia keluarkan binatang tersebut letak kat sisi pinggan. Dia dah tergigit sedikit, yela, ingatkan udang. Katanya, masa gigit dia rase cam tanah. iyaks...

Aku pun stop makan sebab aku rasa mesti ada kot kaki ulat gonggok or what so ever dalam nasi aku pulak. Sebabnya, sudah tentu la diorang akan masak nasi goreng aku dengan adik aku dalam satu kuali yang sama. Jangan kata aku jek yang stop, aku rasa satu family aku stop makan sebab terus takde selera.

Bila ayah aku panggil waiter tu bagitahu ada ulat gonggok dalam nasi, dorang kasi adik aku order makanan lain. Tapi dia pun dah loya, dan terus takde selera nak makan benda lain. Kami bayar dan terus balik rumah. Dan kami tidak akan singgah ke kedai tu lagi. Sejak itu, kami panggil kedai makan itu kedai "Fear Factor". Haha..

7 tukang karut:

eiza in the house.. said...

Salam..
parit jawa kedai yg mana ekk..eee, dah terbyg dah wupa ulat tu..huhu

farah said...

dah tergigit?

haih.

Hani Kila said...

euwww...
nad patot cuba..
nnt leh masukkan dalam resume..
pengalaman2 yg ada..
"penah makan ulat gonggok"
hahaha

akhis said...

~hani jahat nye hahahaha

~baru2 ni sebelum pose...
~prof zul ade bwak cempedak umah dia...
~so labmates mkn la ngan pnug selera...
~kita xmkn pun sbb xbape nk ske...
~skali da nk abis..ttba nmpak ulat dr cempedak tuh...huhuhu

pecinta_Islam said...

kedai fear factor?hahA..tp knp bayar dan berulat kn.x yah bayar la.hehe

Encik Ariff said...

aiseh.
fear factor ni dpt duit x?
:P

n a r d indie winkie said...

to eiza: tak ingat dah kedai ape. tapi depan petronas. sila jgn singgah. ahaks.

to farah: sila percaya. hehe.

to haniey: masuk dalam resume watpe hani? nak masuk fear factor ye?

to akhis: tu ulat buah. takpe lagi. hehe..

to syahbandar: memang pun. part nasi goreng tu jek tak bayar.

to fear factor: tak dpt duit pun. sebab tak habiskan makan. hehe