gambar lagi
patah balik
erm..bagi aku memula memang tak percaya, tapi bila benda tu berlaku sendiri, aku percaya la sket2. walaupon bukan 100% aku percaya. sebab benda ni mungkin kebetulan berlaku. dah kalo ditakdirkan kita mati, mati jugak. tiada lambat walaupon sesaat.
itula yang berlaku pada bulan lepas. kisah dua pupu (bukan kupu2 oke) aku yang terlibat dalam kemalangan meragut nyawanya. memang shock bile aku dengar. tambahan dia seorang yang sangat2 baik. cukuplah aku katakan namanya hafiz. kalo cakap nama penuh pon, korang tak kenal.
dia baru sahaja menghabiskan Asasi kat UiTM shah alam. and akan meneruskan pengajian di peringkat ijazah di UTM. waktu itu hari Jumaat pagi. mengikut cerita ibu dia, dia keluar pagi tu kerana nak pegi sekolah sains muar coz nak ambik sijil. tapi aku tak tahu sijil ape. kemungkinan besar sijil tamat sekolah.
dia yang dah keluar rumah, dah gerak jauh sikit dari rumah, then patah balik coz dia nak tukar kasut. pada mulanya dia pakai sandal jek. tapi mgkn sebab dia nak formal, jadi dia tukar kasut yang ok sket. dia yang bawak motor lalu jalan yang kurang sibuk. tapi ye lah kan, orang kata kalo dah ajal tak boleh nak elak. lalu jalan tak sibuk pon boleh accident lagi.
begitu la sedikit sebanyak pasal kisah patah balik. tapi kemalangan hafiz diharap jadi penutup atas kemalangan yang berlaku terhadap family besar aku nih. yang mana pada mulanya di mukaddimah kan oleh adik aku 2 orang ni. agak teruk dia accident smpi patah lutut.
memang tak sampai hati bile tengok adik aku mengalirkan air mata tahan sakitnya lepas operate masuk screw kat lutut. ini sedikit gambar yang boleh dikongsi.
and third accident plak sepupu aku, adib. yang underway home dari UTHM. erm.. yang ni smpi terlanggar tiang. tapi nasib baik dia takde ape2. cume kepala terhantuk kat stereng kete. cukuplah kisah accident. aku taknak lagi kehilangan nyawa orang2 yang aku sayang. :-(
words today
peeps, mari kita hayati sama-sama kata-kata di bawah.
Menyediakan waktu untuk tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa.
Menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan.
Menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan.
Menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu.
DAN..
Menyediakan waktu untuk beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
rindu dendam
untuk merawat rindu ini, aku nak jawab tag dari rakan seperjuangan aku yang macam Jepun nih (lebeh2 lagi dia baru balik Jepun. baru ke?:-p) si hani shakila..
JLQ 8546..muahaha
oke, di atas adalah bukan no ekor ye. tetapi no plet kete. haha.. ini la yang wat aku kena keje keras sekarang. untuk membayar duit kete ini. oh yeah.. work and work.
ape2 pon aku bangga dengan plet johor ni. cepat jek dah smpi L. mungkin sebab negeri maju kot. erk..adakah?
anyway, aku tak dpt nak bangga mana coz aku bukan orang johor. tetapi aku orang perak yang malu nak ngaku orang perak. (no ic tengah aku adalah 08 ye. bukan 01) muahaha.. bukan setakat kemelut di perak, tetapi kemelut dengan sedara mara. huhu..
tapi bile johor je, mesti dikaitkan dengan jawa. erm.. lagi2 aku duk dekat jek dengan parit jawa. korang tahu ke? tapi aku bukan jawa. setelah aku menyoal siasat nenek aku beberapa minggu lepas, katanya kami ni orang bugis. oh baru kutahu. ape2 pon bangsa, kita kan orang malaysia. cewah..
okeh.. ape2 pon aku suka duk kat Johor. lagi2 kat muar ni. marilah ke sua rasa sabtu ni. haha.. ntah pape jek. erm..
new day, new life
alrite, ni nak bercerita sempena hari first di bulan julai. hehe.. aku memulakan hidup baru. kenapa? kerana aku dah start keje. besh bangat. dapat kumpul duit sendiri. :-D
Alhamdulillah, keje aku dapat bersesuaian jugak la dengan kos aku time kat u dulu. dan syukur jugak, belum grad aku dah ada keje. insyaAllah, aku akan terus bekerja selagi lom ada offer gaji lagi tinggi dari ni. haha.. gile duit betul aku nih.
ya, aku keje sebagai microbiologist. tapi aku tgk, overall keje aku ni all in one. admin aku wat, lab pon aku wat jugak. out station pon insyaAllah. aku keje ni kat syarikat biotech kat muar. erm.. takleh specify. nak tahu korang cari. haha...
ok, ni dulu update wat masa skrg. ada banyak lagi nak cite. suka duka bulan jun yang telah berlalu. itu aku cerita untuk entry akan datang. yang penting aku sangat rindukan USM. rindu waktu belajar dulu.. huhu..