kisah pil perancang

mungkin tak ramai tahu ape kaitan pil perancang dengan seorang mak nyah. seorang? tak kisah la brape orang pon.

anyway, this is the story based on my experience. dulu aku keje di sebuah farmasi di daerah Muar sementara menuggu result UPU kluar. time tu, aku baru jek abis matrik. terus dapat keje kat situ. rezeki.. hehe..

and satu hari, farmasi tu didatangi oleh seorang mak nyah. aku yang sedang mengelap rak2 ubat2 tu terus bangun dan tanya pada customer tu. tak tahu nak panggil akak atau abang. but then, tanye je la.

aku: ye, nak beli ape?
nyah: nak beli ****
aku: ape?
nyah: ****

actually, aku letak **** sebab aku tak ingat ape nama pil perancang yang dia mintak. aku mana la arif bab2 gini. kebetulan kat farmasi tu hanya ada aku dengan pharmacist, Kak Faizah.

aku terus bawa dia jumpe Kak Faizah. and nyah tu terus bgtau pil perancang yang dia cari tu. aku yang blur2 just dengar and lihat jek kelakuan nyah tu.

aku tertanya-tanya kenapa nyah ni cari pil perancang. so curious to know. lepas nyah tu kuar farmasi aku pon tanye Kak Faizah knape ye dia beli pil tu?

then, Kak Faizah bgtau kat aku jangan pelik kalau nyah cari pil tu. memang dorg beli sebab dlm pil tu mengandungi hormon2 perempuan. ni kes transformasi la. dorang makan, then the effect: bulu2 akan kurang, kulit jadi halus sket dari sedia ada, dorang akan punye breast sket, urm..apa lagi ek? aku dah tak ingat.

oh ye, satu lagi pil perancang boleh menembamkan seseorang. maksud aku, makan tu badan boleh naik coz pil tu ada steroid. dan aku tak heran la, nyah tu badan memang mantop. mgkn dah bese sangat makan pil perancang.

tapi ini la sedikit sebanyak yang aku tahu knape mak nyah beli pil perancang. tapi kalo korang tahu lebih lagi, share la sama2. just for widen the knowledge. :-)

hari esok

*paper last*paper last*paper last*paper last*paper last*

tiada hapdet untuk 24 jam sahaja. hehe..

minah tudung


"Telah menjadi suatu ijma' bagi kaum Muslimin di semua negara dan pada setiap masa oleh semua golongan fuqaha, ulama', ahli-ahli hadith dan ahli tasawuf, bahawa rambut wanita itu tersenarai di antara perhiasan yang wajib ditutup dan tidak boleh dibuka di hadapan orang yang bukan muhrimnya.

Dalil untuk ijma' tersebut ialah ayat Al-Quran:

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, "Hendaklah mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) tampak darinya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya." (Surah An-Nuur: 31)"

dipetik dari.. http://dhanysarip.blogspot.com/2005/11/rambut-wanita-adalah-aurat.html

first of all, maaf kiranya aku menggunakan gmbr siti sebagai contoh. tapi, ini bukan contoh yg patut diikuti. hurm.. anyway, aku tergerak untuk buat entry ni based on experience aku.

ya, dulu aku jahat. leh la kata tudung kadang2 pakai, kadang2 tak. walaupon ayah aku dah pesan, gi sekolah pakai tudung. itu time aku darjah 4 kat Ipoh. and then, bile aku pndh kat Johor, nasib baik 1st day kat skolah baru, aku memakai tudung. dan aku sgt shock sebab takde sorang pon free hair. and, baru aku tahu bahawa skolah2 di Johor mewajibkan student nye pakai tudung ketika kelas. oh..gitu.

so, aku mula slow2 pandai pakai tudung. wah..anjakan paradigma sehh. hehe.. but, bila dah besar, kita mahu cuba something different. aku pernah me'rebonding'kan rambut aku. time tu suka gila ar. dah macam artis aku rasa. muahaha.. aku pon mula pose2 gedik ambik gmbr. huh.. ntah pape jek aku rase. then, dah ambik gmbr ape plak function kalau tak post kat mana2 kan. time tu aku gila friendster. then, aku upload pix latest aku kat situ.

tapi syukur, bila aku jumpe dgn En. Dean, dia banyak advise aku. dia suruh aku delete sume gmbr2 tu. dan sekarang aku sedar sume tu takde guna. dan hanya datangkan dosa je pada aku.

tapi sekarang, bila member baik aku pulak buat camtu, aku kecewa. oh tidak. kenapa perlu kau upload gmbr sebegitu zara (bukan nama sebenar). memang kau cantik, tapi bertambah sexy dengan rambut baru. sekarang aku rasa kau tidak seperti dulu. tapi, aku tak reti nak nasihat mcm mana En. Dean nasihatkan aku. pape pon aku doakan moga kau tetap kau. bukan kau seperti dalam gmbar yang aku lihat.

aku juga berharap semoga kau takde lakukan benda2 yang dilarang walaupon tinggal di bandar besar. aku rindu zara yang dulu...

***********************

PEMBERITAHUAN


dengan ini diisytiharkan bahawa aku punye akaun Myspace telah selamat di'delete'kan. walaupon ada sedikit kesedihan, tapi harap kesedihan ini hanya seketika. oh.. aku mgkn akan merindui kamu incik MySpace..

know your enemy

dun be suprised babe. hehe.. bukan nak suruh korang cari musuh, atau berkenalan dengan musuh. no..no..no..


but actually, nak cite pasal lagu baru Green Day. band omputih fevret aku dari dulu. hehe.. and tadi, bile aku tengok MTV, dan2 kuar video baru dia, KNOW YOUR ENEMY. and so excited. tanpa berganjak, aku khusyk tgk video dorang. haha.. kipas-susah-mati gitu. and arini dorang punye world-premiere la.

wah...cam excited jadi antara orang terawal. and bile aku tgk balik, Green Day perform ada ala2 BUNKFACE. siyes, tak tipu. so aku membuat kesimpulan, copycat telah berlaku disini. haha.. tapi aku memang dah tahu Bunkface punya idola itu adalah SUM 41 dan GREEN DAY. so tak heran kalo style dorang cam sama.

*liyana jasmay jugak melakukan copycat. dan sgt2 dasyat dimana lagu dia sejibik mcm lagu avril. tak suka (2x)
______________________________________________________

dikesempatan ini, ingin skali aku ucapkan tahniah kepada sahabat karib aku (Shuhada a.k.a. syuk) yang akn bertunang mggu depan. isk..dah nak kawen dah ko. yang penting tunang tu jgn lelama la ye. hehe..

karipap the making

bersama Chef Nard

disebabkan aku ni tersangat la rajin dan pandai memasak, dengan itu aku pon cube mengimprovekan diri dengan membuat....KARIPAP. haha.. berkali2 aku berusaha untuk buat kelim tepi karipap tu. tapi tak berjaya. tapi dengan usaha dan kecekalan aku, aku berjaya akhirnya. tak main la pakai acuan tu. tak asli oke..

ya, malam tadi aku study dengan sifu, merangkap mak aku yang expert ni. dia pun tunjuk step by step camne nak kelim tepi karipap. first, second and third trials memang la tak jadi. tapi aku cube lagi...akhirnya. ada la jugak bentuk cam karipap. hehe..


ha..based on the picture above, you can see significant comparison hasil karipap yang aku wat tu, pasti korang tau. yang kecik tu la. yang besar tu of course, The Sifu.

disebabkan aku berjaya wat kelim tepi tu, aku cam nak cube lagi. so, pagi tadi disebabkan ada tepung wat karipap lebih, aku pon wat la karipap sendiri. hehe.. cube jaya je la. so, layan jek gambar di bawah.

abaikan gmbr no 2 itu. dimana aku dah letak inti karipap, tapi skali tak jadi kelim. last2 aku wat bola. heheh.. so, no 3 tu karipap yang jadi la.

so, here the results. ada kecik dan besar. almaklumla.. baru nak blaja.. hehe..

* aku mencari guitar pro tab untuk lagu yuna-dan sebenarnya dan taylor swift-love story. anybody had it?

home sweet home

oh.. how nice to be at home. hehe.. skrg aku dah ada kat umah. syukur sgt2. actually dah lama dah aku lepak2 kat umah ni. tapi baru la ni la sempat nak bukak blog. hehe.. neway, bukan bermakna aku sudah pon bergumbira kerna abis final exam. ada satu lagi paper. hehe..

erm.. just wonder. camne la room mate aku skrg? sihat kah dia? adakah dia akan menyalakan lampu 24/7? dia pulang tak ke rumah? haha.. hope ko fine ye cik aden. =)

so, disebabkan aku happy dirumah. mai sini aku wat tag. mcam bosan jek tag ni. haha..

tag ini dtg dari Mr. Syazwan.

1.Bekas kekasih saya adalah :
Matthew Bellamy.. anda kenal? Saya pon tak kenal. Haha.. *tongue


2.Saya sedang mendengar :

perbualan emak aku dengan makcik aku. Huhu..

3.Mungkin saya patut
Study OB sekarang. Haha..

4.Saya suka :
Berangan depan cermin

5.Sahabat-sahabat baik saya :
Bebudak kuliah saya, bebudak sekolah saya dan bebudak kampong saya. hehe


6.Saya tak paham :
Dengan perangai budak sekolah skrg. Nape ek?? Dan saya tak faham kenapa benda kecik orang suka besar2 kan? Nape ek??

7.Saya kehilangan :
orang yang tersayang. My gorgeous grandfather.. Allahyarham Buang Bin Budin. I’m missing you..


8.Ramai yang berkata :
“Takutnya nak Viva”

9.Makna nama saya :
Ape ek? Hehe.. nnti aku cek balik buku.


10.Cinta itu adalah:
an intense feeling of deep affection OR a deep romantic OR sexual attachment to someone OR a great interest and pleasure in something OR affectionate greetings.


11.Di suatu tempat, seseorang sedang :

berbual? Erm..


12.Saya akan cuba :
Do the best as I could for this final exam. Yeah..


13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
Continually


14.Telefon bimbit saya :
K810i. Wish to have iPhone one day. Huhu..


15.Bila saya terjaga dari tidur :
Akan tidur balik. Awal lagi nak bangun.


16.Saya paling meluat apabila :
Tengok pompuan gedix, tomboy, pengkid, gay, budak skolah bawah umur dating, muslim yang drunk. Eyew..


17.Pesta/Parti adalah :
something yang tak best.


18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :

ikan duyung. *tongue


19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
15-17 tahun sahaja.


20.Hari ini :
Aku makan soto.


21.Malam ini saya akan :
Main mesej.

22.Esok pula saya akan :

Kemas umah.

23.Saya betul2 inginkan :
Kamera DSLR dan sebuah kereta.

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
Time tu aku sikat rambut.

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :

Pusat beli belah.


26.Makanan Barat atau Jepun :
Barat. Aku tak suka makanan Jepun.

27.Bilik yang terang atau gelap :
Terang.

28.Makanan segera adalah :
Sangat tak elok.

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
aku tak ingat la..

30.Siapa yang anda nak Tag?
ntah la.. aku tak tahu. Tag aden la.

when notes work well..

my notes seriously work well..

they do job for me
compact info
figures illustrated nicely
but.. i ruin all that
frustratedly i answer the exam paper *sigh


but, tawakal is the only thing..
yeah..
sekarang Nurulnadia hanya ada 2 paper lagi!!!
then I could say HOORAY!!!! cause I finish my degree.
(seem like picture below)
nota kaki:
-semalam (13.04) besday Nurulnadia.. ngeh2. nak promote plak.
-tetibe entri ni berbau mat salleh celup2 sebab ada campur melayu plak. *tongue

lalala

tetiba cam nak dedicate lagu Bintang Batu kat aden ar. haha.. sempena entry dia yang uwek..uwek.. tu. hehe.. sabar yek cik aden.

lagu apa? ha..ni dia. lagu dari Bintang Batu. mesti tak kenal kan sape Bintang Batu ni? sila ke
sini. atau ke sinun. Bintang Batu kena bagi aku 5 bintang sebab promote dorg. haha.. *kidding



yeah.. you should listen. mcm aden dah gile jugak ni aku nengok. heheh.. tapi aku suka jugak. dorang ambik lagu P. Ramlee. mcm Butterfingers gak, suka ambik lagu P. Ramlee pastu alter sket2. yeah. kreatif disitu.

lirik Seloka Blalang

-aku tak tahu nape aku ambik gmbr ni wat background..

push..yeah!!

yea..yea.. study week sudah. minggu untuk bersuka ria. enjoy2. yeah!

haha.. entah pape aku mengarut. jangan jadi contoh cam aku malas blajar. *tounge

actually sangat tension mahu study sebab subject itu.. oh.. quite hard :-(

and oh God, let me love to read this book!!!

kembali

aku kembali untuk post semula entry2 baru. walau pon hanya untuk seketika, tapi dpt juga untuk membaca blog2 teman2 blogger sekalian. maaf kerana mengambil masa yang lama untuk break dari post sebarang entry. sememangnya mac bulan yang sangat2 sibuk.

mac ini juga banyak meninggalkan kenangan pada aku. banyak peristiwa yang berlaku. berikut rentetan peristiwa yang tidak dapat aku lupakan....

  • mac itu, aku berkejar-kejar untuk menghabiskan projek di makmal.
  • mac itu, aku terlibat dalam accident akibat jalan licin
  • mac itu, aku kesempitan wang untuk membayar ganti rugi moto orang yang aku pinjam tu disebabkan accident
  • mac itu, kerana accident aku fobia dengan jalan licin
  • mac itu, kerana accident macam2 hal berlaku. mcm jatuh ditimpa tangga
  • mac itu, adikku fatin dibedah untuk membetulkan tulang kakinya. aku harap selepas pembedahan ni, adik aku dpt berjalan mcm kanak2 normal
  • mac itu, buat pertama kali dlm sejarah buah hati aku dtg USM. ngeh2.. sangat happy ketika itu
  • mac itu, di hujung bulan pula sangat berkejar-kejar menyiapkan tesis untuk dihantar
  • mac itu, laptop aku sudah mula buat hal. tak smpai setahun pon beli.
  • mac itu, perkara yang tidak akan aku lupakan... perginya orang yang aku sayang dalam hidup.. al-fatihah buat arwah atuk ku yang meninggal di usia 85 tahun.. 30032009