kenangan terindah

Lepas balik terawih semalam, Kak Ain sms aku bagitahu yang dia rindukan waktu berbuka puasa waktu di hostel dulu. Isk.. actually before dia mesej, aku memang tengah fikirkan benda yang sama. Aku dapat rasakan berbuka dengan kengkawan kat bilik hostel yang sempit was an amazing moment.

Tahun ni merupakan pertama kali dalam tempoh 6 tahun aku berpuasa penuh di rumah sendiri. Setelah sekian 5 tahun itu aku merantau menimba ilmu. Ahaks.. Bukan la sampai overseas pun aku pegi study. Dalam Malaysia je pun. Start dari aku di MRSM sampai la ke U. Uiks.. sangat banyak experience berbuka puasa.

Masa kat MRSM, aku suka sangat time makan2 ni. Bukan pe, makanan kat sana sedap weh. Aku tak tipu. Dan menu berbuka puasa yang paling aku suka waktu kat sana adalah nasi tomato. Masyuk. Ikutkan mahu aje aku tambah2 nasi, tapi pikirkan aku disatu tempat public. Dan kami akan berbuka puasa secara dalam homeroom (homeroom ni mcm family la). Jadi tak boleh nak makan secara begitu. Hehe.. Pas makan kena hurry up pegi surau untuk solat berjemaah. Rindu bangat!!




Bila berbuka puasa kat Matrik pun best jugak. Tapi suasana berbeza la sedikit sebab makanan kena beli sendiri. Dan kami makan kat bilik jek. Tapi nice what. Aku tak boleh lupakan makan bersama-sama room mate aku, Nad dan Naili. Makanan pun not bad sedap. Iyargh..aku memang kuat makan!!!

And finally, 3 tahun berbuka kat Penang yang Indah. Makanan also sedap. Tapi mahal la sikit. Besela tu kan. Aku tak boleh lupakan karipap ayam 60 sen yang dijual kat bazar depan USM. Kalo la boleh pos karipap tu, nak je aku suruh sesape tolong belikan. hehe.. Sepanjang berbuka puasa, aku biasa makan dengan Fad and Shak. Kalo dorang ada hal baru aku makan dengan Kak Ain. Dan sesekali dengan Aden. Kenapa sesekali, sebab dia akan selalu berbuka dengan Fid. Tapi sesekali berbuka juga dengan diri sendiri. oh.. maksudnya sorang2 la.

Kepada you guys yang berbuka puasa kat hostel tu, hargailah masa ni. Benda ni takkan datang lagi except korang sambung study lagi. Tapi berbuka dirumah pun best sebab lagi banyak juadah yang family korang support. :-)


15 tukang karut:

farah said...

waa,

sangat rindu zaman belaja dlo,
masak masak kat umah sewa,
berbuka ngan kengkawan.

rindu.

:(

speckurosaklagi said...

betul..
1st day dah teringat dah..time sahur buka..geng tak posa..mcm2 la..
suma kenangan...

JMR said...

bestkn pengalaman bebuka..lg best, kl kije, xsempt nk blk umh,then kn bbuka dlm kete..hukhuk

akhis said...

~kita xnampak plak karipap 60sen yg sedap tuh...
~ari tu ade g bazar beli mkn tuk berbuka..
~terlepas pandang kot..

.: Sugar-cRave :. said...

adehhhh....cedapppnyeeee nampak nasik tuhhh...huhu.....

Encik Ariff said...

nasik tu nmpk best. ehem.

flovatedz said...

emm betol2...
bebuke kat hostel len dari berboke ngn famly.... ;p

nich said...

wahhh betul2.. berbuka sma2 ngn mmber besstt.. tapi ngn famili ag best..

jauh dari kluarga akan jadikan kita rapat dgn kwn2...

AieSha said...

dulu mrsm mane??

ɥ s ɐ u said...

selamat berpiasa nard.. :)

Firus Ruhaizad said...

kene beratur..kene tggu ramai2...kene tenung je dulu before azan masuk..pastu ta boleh tambah!hehe..sweet moment to remember.

Anonymous said...

emm pna merasainya..nard..!!

Razman said...

wktu aku kat mrsm, lalat menjadi sebahagian dari lauk..maka xde nikmat dh mknn kat mrsm..tp mmg bes bkak pose dgn mber2..

pecinta_Islam said...

hehe..kenangan berbuka di asrama mmg best..sbb menjadi memori terindah
:)

n a r d indie winkie said...

to farah: betul sis. rindu sangat2.

to speckurosaklagi: wah..ada geng tak pose ya.

to JMR: pengalaman baru buka dalam kete. hehe..

to akhis: ala.. baru nak kirim.

to mistaken identity: takpe, u pandai masak. nnti leh masak nasi tu. hehe..

to encik arif: lagi best kalo dapat makan.

to wagonbiru: hargaila berbuka dgn kengkawan.

to saya: ya.. saya setuju.

to aie: mrsm pontian. hehe.. ko mrsm gak ke?

to nasrul nash: selamat berpuasa jugak nash.

to gud4nothings: betul2. part termenung tu takleh bla.

to kf: ya kf.

to razman: lalat menu baru. haha.

to syahbandar87: ya..miss that moment.