Yela, aku akui yang aku selalu sampai office satu jam lewat. Baru-baru ni la. Biasanya aku lewat hanya setengah jam. So dah upgrade lagi setengah jam. Dan dari situ aku sedar, mungkin tak berkat ape yang aku buat. Kalau sepatutnya kita masuk office pukul 8.30am, maka sebelum 8.30 aku kena punch card.
Walaupun dah berkali-kali bos aku tegur, tapi tak jalan jugak. Aku ngan member2 yang lain still datang lewat. Tapi nak salahkan kitorang pun tak boleh. Bos pun sama. Tapi yela, diorang kan bos. Suka hati la. Haha.
Dan kebelakangan ni aku try apply untuk kerja lain. Tapi kenapa susah sangat nak dapat. Aku rase kalau panggil interview pun cukup la. Satu pun takde masalahnye. Ada jugak satu, tapi aku tak pergi. Hehe.. Orang duk kecoh isi jawatan kat jobsmalaysia.gov.my. Aku pun isi gak, bukan main banyak. Takde jugak dipanggil.
Tension semakin menjadi-jadi bila En Dean yang baru setengah tahun start keje, dah macam2 syarikat panggil interview. Tapi setakat ni baru dua interview yang sempat dia hadirkan. Rase macam jealous sangat sebab kenapa orang lain mudah sangat nak dapat kerja lain. Aku kadang-kadang muhasabah diri. Tenangkan diri dan yakinkan diri aku bahawa belum lagi ada rezeki. Cuba lagi.
Erm.. Baru-baru ni aku lulus ujian SPA untuk jawatan Penjawat Awam Gred 41. Syukur Alhamdulillah sebab aku memang tak expect pun aku akan lulus. Padahal aku siap yakinkan orang aku tak dapat. Kenapa? Sebab aku rasa aku paling teruk jawab bahagian Esei. Ya, esei aku lebih kurang macam budak ambik UPSR.
Tapi, mungkin berkat doa aku ke, aku dapat pergi untuk sesi assessment plak. Stamina kurang, mula lah aku pikir bukan-bukan. Strategi sekarang aku kena berjogging pagi-pagi. Doakan aku ya kawan-kawan. :-)
7 tukang karut:
Ho. Tahniah.
Amalkan solat dhuha.
InsyaAllah murah rezeki.
:D
jgn riso..rezeki sentiase ade dimane2..keep on searching..
yep.. girls need to pay rent too.. ihiks
salam
nard, upgrade tu yang seronok sangat dengar.. hehe
InsyaAllah akan dapat kerja yang diidamkan nanti k.
nak komen lawa page hg..tolong buat kat aku skali..haha
p/s: ok,baru nak start baca entry hang..hehehe
hg lagi hebat apa..pas grad ritu senang je hg dapat keja.kan kan..
Pointer pun ok..mesti senang la dpat keja lain.
gudluck ye Nard.All da best k ;)
encik ariff: ya, insyaAllah akan berterusan saya dgn solat dhuha.
dakchomey: tq dik. hehe.. doakan la akk.
en_me: hehe.. you right.
rashid: thanx cikgu. hehe.. doakan la rezeki saya kesitu.
tehais: aku tukar layout smpt, tapi nak update tak smpt. tak smpt ke malas ek? haha..aden, aku skrg dah takde keje nih. hong leong ada kosong dak?
Post a Comment