I'm back ya'll

Salam semua. Aku kembali setelah sekian lama menyepikan diri. Betul2 berhibernasi. Haha.. Okay, kalo dah aku kembali bermakna aku ada idea untuk diceritakan. Sesuai dengan title blog ni, CHERITA.

Okay, sekarang banyak sangat isu-isu semasa. Memang penting sangat benda-benda macam ni lebih-lebih lagi kalau kena interview. Hehe.. Nasib baik lom ada panggilan interview untuk aku setakat ini. Kalau tak, tentu aku fail sebab aku kurang mengikuti perkembangan. Kalau baca paper pun bila ada office mate yang beli. Nak tgk berita pun tak sempat. Busy dengan part time. Huh..It's hard to be me. Mengalahkan PM.

Anyway, aku just nak cerita pasal FIFA World Cup 2010 yang bakal berlangsung hanya dalam beberapa hari dari sekarang. Setiap kali FIFA, lagu tema dorang mesti best. Kalo before ni Hips Don't Lie. Dan sekarang aku sangat gila dengan lagu nyanyian si K'naan. Tak tahu nak sebut macam mana nama tu. Hentam sajalah labu.

Mungkin aku ni pelik sebab kalo FIFA mungkin kita akan ceritakan pasal pasukan negara mana yang jadi pilihan. Tapi aku cerita lagu pulak kan. Biarlah, aku punya blog. Haha.. Ape-ape pun aku sokong la jugak pasukan cam England, Brazil, Jepun dan Turki. Okay, berbalik pasal lagu tadi, lagu yang K'naan nyanyikan ni tajuknya Waving Flag. Dan aku dah dengar macam-macam versi. Yang single la, duet la, bahasa sepanyol la. And latest aku dengar lagu ni dalam Bahasa Cina kat radio MyFM. Aku universal okay.

Semasa di ofis bila aku dah kebosanan sampai aku tak tahu nak bukak website ape lagi, aku pun cari la sedikit info pasal si K'naan ni. Full name dia Keinan Abdi Warsame dan dilahirkan di Somalia (terima kasih incik wikipedia). Dan ape yang buat aku excited sangat rupanya dia ni beragama Islam. Oh, patut la ada scene dalam video waving flag tu macam senario di satu kawasan orang beragama Islam sebab jelasnya ada gambar perempuan bertudung. Lagu tu pun lebih kepada mengisahkan orang-orang di negara dia sendiri.


K'naan

Dan bawah ni video Waving Flag favorite aku. Tapi lagu ni campur Spanish la ye.




Dan bila aku dah terajin cari info pasal si K'naan, aku nak tahu lagi siapa artis Hip Hop international yang beragama Islam. So as you know, tak lain dan tak bukan si Akon.

Akon pun ada berduet dengan si K'naan dalam lagu Waving Flag sebab aku ada nampak video lagu duet dengan Akon kat Astro (MTV). Tapi aku tak jumpe pulak nak cari official video lagu bersama-sama si Akon.

Okay, another one hip hop artist yang aku BARU tahu dia beragama Islam ialah si T-pain. Tak tahu la kalau korang dah tahu ke kan. Tapi aku sangat terkejut dia orang Islam dan nama sebenarnya Faheem Rasheed Najm (terima kasih lagi sekali incik wiki). Tapi dia bukan macam Akon dan K'naan yang dilahirkan di Afrika. Si T-pain ni betul-betul orang US iaitu Tallahassee, Florida. So actually commercial name dia adalah Tallahassee Pain. Maka diringkaskan jadi T-Pain.

T-Pain

Shaheed Najm (bapa) dan T-Pain

Tapi bagi aku, takde apa yang nak dikagumkan sangat sungguhpun dia seorang Muslim. Un-practical Muslim. Nothing. Mungkin kekuatan iman itu kurang. Kalau diorang ni kuat iman, mungkin takde kot sampai nak buat video peluk cium pe sume. Hurm.. dan mungkin jugak si T-Pain tidak akan memakai rantai berbentuk salib. Inilah kot yang dikatakan Islam pada nama.






3 tukang karut:

L.Lawlett said...

haha
cant wait this coming 11 june
its going to be legendary. =)

Encik Ariff O said...

Yah. Tak ada apa yang nak dibanggakan kalau muslim yang tak macam muslim.

*Lama tak nampak? :P

n a r d indie winkie said...

to L.Lawlett: which team you favor the most??

to Encik Ariff O: haha.. perasan jugak kita takde.