tag + expo

Post today, aku jawab tag Nuar yang dah berminggu-minggu aku tangguhkan. Maaf la Nuar. Aku sememangnya malas nak jawab tag. Haha.. Tapi nak jaga hati ko, aku buat jugak. Amacam? Baik tak aku. Ngeh2..

1. Nama timangan anda
Family: Along & Nurul
Kawan2: Nard
Abe: haha.. secret la..

2. Anda seorang yang
emosional. :-p

3. Lagu feveret
Buat masa sekarang aku rasa best lagu Skudap Skudip - Ska La La

4. Makanan kegemaran
Pape yang mak aku masak memang sedap.

5.................-->sila tanya hua Seng
Soalan ape ni??

6. Warna kesukaan
Pink & Purple

7. Benda yang mesti ada dalam beg
Hp, beg duit, kunci kereta, compact powder, vaseline, Maybelline water shine.

8. Kali terakhir anda menangis
Tak ingat.

9. Sikap yang buat anda strezz
Keje banyak yang last minit, barang aku hilang dan tengok orang lain stress buat aku yang stress.

10.Tag 60 rakan anda
Nobody la. Kalo korang rasa nak buat, buat aje tag ni.

Ok, sape-sape lagi yang nak bagi tag kat aku harap bersabar nak tunggu aku jawab. Tambahan minggu ni aku sedikit sibuk sebab aku kena handle booth company aku kat LIVESTOCK ASIA EXPO & FORUM 2009 yang bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre. Korang free datang la ke booth company aku ya. No B106. Hehe.. Jumpa di sana. :-)


being a student again


Hye all. Sesuka jek aku menyepi dan membiarkan blog aku berhari2 lamanya setelah post entry baru. Maaf la kerana aku terlalu sibuk. Hehe..

Tambahan minggu ni aku baru jek balik outstation. Cea.. Outstation ke. Actually i was attending a course. Tentang Bioreactor mesin. Mungkin tak ramai tau pasal mesin ni. Aku nak explain lebih2 pun tak reti pulak. Tapi, korang mungkin pernah perasan kilang arak yang kat shah alam (if i'm not mistaken), yang tepi highway tu. Ha, korang perasan ada mesin yang besar gabak macam bangunan berbelas2 tingkat, itulah dia bioreactor untuk fermentation.

yang ini bioreactor 1000 L sahaja.


yang ni kecil sket.


tapi yang ni lagi kecil.

Alrite2..sila jangan serabutkan kepala. Apa yang menarik aku nak kongsikan ialah experience aku sepanjang kursus. Kursus ini buat kat UTM. dan yang join memang tak ramai. Almaklumla, kos yang sangat tinggi. Company aku pegi pon cause kitorang ada diskaun 80%. Jadi, memang saving sikit.

Masa kursus ini, aku dapat lebih experience tentang penggunaan bioreactor. Dulu time belajar memang ada, tapi aku tak berapa nak faham. Mungkin sebab terlalu teori. Kalo ditekankan praktikal, mungkin aku dah dapat A1 dalam subjek Fermentation Technology. Ooops..

Masuk lab sesi paling aku suka sebab aku tak suka dengar lecture. haha..


Situasi dalam mesin bioreactor.




Disebalik experience ni, aku rasa cam rindu sangat time study dulu. Bila masuk U orang lain, teringat pada U aku yang indah dan permai. Walaupun tak sebesar macam UTM, tapi best. UTM pun not bad, lecturer yang handle bioreactor tu memang expert. Dia mengajar pun based on experience masa dia tinggal kat Egypt dulu. Dan aku kagum dia nak tolong orang muslim.


macam student lagi tak? eheh..






Sepanjang berada kat UTM ni, aku rase berat badan aku macam di pam2. Serupa masa aku kat USM dulu. Bukan pe, sebabnya kat sini, aku asyik makan jek. Dan makan pun sedap2. Tengok jek la gambar kat bawah ni. Sebelah aku tu Haziq, anak bos. Dia lagi kuat makan dari aku. haha..

So, dah alang2 kat JB, jadi kami mesti la nak melawat bandar ni kan. Hehe.. tapi satu malam jek yang kami sempat pegi pusing2 bandar. Yang lebihnya, kami banyak spent kat Jusco jek. Ape la yang ada sangat kat sana tu kan. Tapi takpela, ada gak aktiviti lepak2 ni. Memang macam study dulu.


Time ni lepak kat Old Town


Hari seterusnya Starbukcs plak. :-p

Dan hari terkahir, tak dapat lepak mana2. sebab pas abis program kami terus bertolak balik Muar. Haziq drive memang laju. Dari JB sampai Pagoh 1 jam jek. Gile drift mamat tu. Tapi before balik pun sempat bergambar jugak. ngeh2..

cousin's wedding

Hye all. Lama tak update blog ni. Dari before raya, sampai la dah minggu raya yg ke-3. Huhu.. Kejap jek dah 16 Syawal. Kemeriahan raya pun makin berkurang. Dengar lagu raya kat radio pun cam dah takde feel. Sangat best 1 Syawal. Rindunya..

By the way, ni aku meng'update' sikit blog yang hampir2 bersawang. Hehe.. Pasal my closest cousin's wed. Agak busy jugak la aku walaupun aku selaku pengapit. Busy sebelum dan selepas majlis. Penat ya amat. Sampai aku rase cam nak lari tak nak buat keje. Bukan ape, aku rasa cam tak adil semacam jek. erm.. ape2 la.

Sudah, jangan melalut disitu. Haha.. Ok la, yang penting sekarang aku nak ucapkan tahniah kepada sepupu aku yang aku sayang bangat, Mek atau nama sebenar Khairul Nazuar dan suaminya, Hafizan. Semoga korang sentiasa berbahagia sehingga ke akhir hayat. Janganlah gaduh-gaduh selalu. Harap lepas dah jadi suami isteri ni, hubungan korang lebih baik hendaknya. Amin..

jom layan gambar. zasss...


Raja dan Pemaisuri

3 Bersaudari

Aku dan Syairah

menyibuk dalam bilik pengantin

Pose gedix :-p

Bila lah pulak turn aku naik pelamin...

Bersanding kat belah lelaki pulak.