Raya 2009


Peeps.. Dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf sekiranya ada antara entri aku yang mengguris perasaan, yang agak keterlaluan. Almaklumla, aku pun biasa melakukan kesilapan. Ni aku tepek kad raya. Sudi2 la terima. Aku edit pakai photoscape jek. Tak dapat nak adobe photosop buat masa sekarang. Hehe.. So, korang2 sume jemputla bertandang ke rumah aku raya nanti k? Aku dapat cuti seminggu. Bos aku yang baik hati terus beri kami semua cuti seminggu sekali gus. :-p

Alrite, raya sekarang berbeza cam raya dulu2. Banyak sangat perubahan yang aku perasan. First sekali mungkin kad raya. Erm.. sekarang dah tak main lagi kad raya. Orang2 kat pejabat pos pon takde pening2 nak bilang berapa kad raya yang orang2 Malaysia pos tahun ni. Sekarang, orang prefer pakai sms jek. Ada yang pakai ym jek.

Kedua, kueh raya. Makin kurang orang yang buat kueh raya sendiri. Termasukla mak aku. Haha.. Orang semakin sibuk. Tiada masa untuk buat kueh. Dan syukurla ada kueh yang dijual di bazar2 mahupon expo2. hehe..

Actually, banyak lagi perubahan. Tapi aku bukan penganalisis perayaan untuk membuat sebarang kesimpulan. Apa pun, aku ada alasan tersendiri mengapa raya tahun ni aku jangka tak meriah dalam family aku. Hurm..

First of all, langsir rumah aku tak tukar. Because atas sebab2 tertentu, makanya, pakai aje la langsir lama. Dan aku rasa tak meriah kerana rumah aku tak cat baru. Walaupun aku mengajukan cadangan itu kepada parents aku, tapi dorang kata kang adik2 aku mintak baju la, kasut la, segala, jadi terpaksa dulukan dorang. Huhu.. Memang tak meriah coz takde perubahan warna rumah.

Ok, cukup dulu dilema raya yang aku hadapi. Sekarang plak, masalahnya tak meriah kerana ketiadaan datuk yang tersayang. Tanpa arwah, rasa cam tak happening. Dia meninggalkan kami Mac lepas. Before aku final exam time belajar dolu2. Ditambah pulak kelewat pulangan sepupu aku, Mek. Alasannya, preparation untuk dia bersanding 3 hb nanti. Oh, aku cam tak boleh terima alasan itu. Kebiasaannya dia sekeluarga akan pulang sehari before raya, tapi nampak gaya dia akan pulang ke kampung pada hari raya pertama. Itupun balik hari. Tiada lagi istilah berkumpul bersama keluarga lepas ini. Lagi2 tahun depan pasti dia akan beraya di kampung suami.

Sedihnya bila raya jadi tak happening. Aku cuma doakan moga satu 'miracle' akan datang. InsyaAllah..


pizza..nyum2

Tajuk status aku dalam Yahoo Messenger minggu lepas : "Pizza..Nyum2". Sila jangan buat spekulasi bukan2 oke. Memandangkan status yang aku sengaja letak di waktu siang kerana aku mengidam bukan2. haha.. Mengalahkan orang mengandung. Memang ramai jugak yang terus buzz aku tanye aku puasa ke tak. Startingnya soalan dari Ejon.

"Nad, kalo ye pon ko tak puasa, tak payah la bagi tahu semua orang"

Hoh..apakah? Tak sangka status camtu terus mendatangkan buruk sangka orang lain. Korang, tak baik berburuk sangka kepada aku yang tak bersalah. Haha.. Aku pun jelaskan perkara sebenar dan hajat aku yang mahu makan pizza. Teruknya ngidam aku nih sampai termimpi2.:-(

Seterusnya aku di 'buzz' oleh nuar dengan fahrul. Masing2 mengajukan soalan yang sama macam Ejon. hurm.. Penat aku explain satu per satu. Pasni memang tak boleh lagi aku letak status camtu.

Balik jek rumah, aku terus bagitahu hajat mulia aku nak makan pizza pada mak. Mak tak suka pizza. Dia prefer KFC. Tapi tekak aku nak makan pizza. Mak pun setuju jek. Lalu aku plan dengan si kembar no 1.

"Adik, malam nanti ko teman akak pegi pizza. Kita bungkus jek." Adik aku pun oke jek. Bila plan aku diketahui oleh abah, dia pun meng'order' mushroom soup. Last2 aku ajak sekali abah pegi. Hehe.. So, lastly, 3 orang ke pizza lepas terawikh. Kenapa lepas terawikh? Sebab time tu perut dah kruk krak balik.

***Muka mengantuk tunggu pizza siap***



***close up***

And finally, kami peluang ke rumah dan melahap la pizza yang di order tadi. Massala Chicken. Nyum2...

Tercapai la hajat aku kini...

sesekali layan lagu

Ada muzik yang mungkin dapat merelakskan fikiran. Bagi aku, macam tu jugak. Dan kalini aku memilih lagu dari Lenka. Lagu baru dia yang best. Thanx to Haziq, kalo tak kerana dia aku tak dengar mahupun download lagu ni. Hehe.. Nice. Nice.

Lenka - Trouble Is A Friend



Trouble he will find you, no matter where you go, oh oh
No matter if you're fast, no matter if you're slow, oh oh
The eye of the storm or the cry in the morn, oh oh
You're fine for a while but you start to lose control...
He's there in the dark
He's there in my heart
He waits in the wings
He's gotta play a part
Trouble is a friend yeah trouble is a friend of mine
Ah ooh...
Trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh
He sees what I see and he knows what I know, oh oh
So don't forget as you ease on down the road...
He's there in the dark
He's there in my heart
He waits in the wings
He's gotta play a part
Trouble is a friend yeah trouble is a friend of mine
oh oh
So don't be alarmed if he takes you by the arm
I won't let him win but I'm a sucker for his charm
Trouble is a friend yeah trouble is a friend of mine
ah ooh
How I hate the way he makes me feel
And how I try to make him leave,
I try, oh oh I try.....

fear factor malaysia

Mungkin perkara biasa di asrama mahupun mana2 gerai yang korang pegi makan dan terjumpa ulat sayur. Mungkin ada orang bila terjumpa ulat sayur tu terus takde selera nak makan. Mungkin juga seterusnya seseorang akan muntah mahupun loya dek kerana jumpa binatang macam tu dalam makanan.

Tapi pengalaman aku mungkin dasyat sedikit. Haha.. Dan mugkin korang punya pengalaman lagi maha dasyat. Anyway, cerita ni terjadi lebih kurang 9 tahun yang lepas. Semasa perjalanan pulang kami satu keluarga dari rumah makcik kat Pontian. Kami singgah di sebuah gerai di Parit Jawa kerana perut masing2 dah kelaparan.

Menu yang aku order adalah nasi goreng ayam. Makanan fevret aku la tu. Menu aku pulak sama dengan menu adik aku. Setelah sampai makanan yang kami order, apa lagi, masing2 pun makan cam tak ingat dunia. Sampaikan satu ketika adik aku perasan sesuatu kat dalam nasi goreng tersebut.

Pada mulanya disangkakan udang, sekali dibelek2 dan amat terkejut bila dia dapati bukan udang. Sebaliknya ulat gonggok. wtf. Dia keluarkan binatang tersebut letak kat sisi pinggan. Dia dah tergigit sedikit, yela, ingatkan udang. Katanya, masa gigit dia rase cam tanah. iyaks...

Aku pun stop makan sebab aku rasa mesti ada kot kaki ulat gonggok or what so ever dalam nasi aku pulak. Sebabnya, sudah tentu la diorang akan masak nasi goreng aku dengan adik aku dalam satu kuali yang sama. Jangan kata aku jek yang stop, aku rasa satu family aku stop makan sebab terus takde selera.

Bila ayah aku panggil waiter tu bagitahu ada ulat gonggok dalam nasi, dorang kasi adik aku order makanan lain. Tapi dia pun dah loya, dan terus takde selera nak makan benda lain. Kami bayar dan terus balik rumah. Dan kami tidak akan singgah ke kedai tu lagi. Sejak itu, kami panggil kedai makan itu kedai "Fear Factor". Haha..