Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Di kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak. Inilah bulan yang sangat aku nanti-nantikan. Tidak dapat aku bayangkan nikmatnya berpuasa dan kelebihan bulan ini pada umat manusia.
Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna. Amin.. Sebut pasal bulan mulia ni, aku pernah mengalami saat2 best dalam bulan ini. Ada 2 peristiwa pelik yang pernah aku lalui.
***********************
First of all, perkara ni berlaku semasa usia aku 12 tahun. Aku dah mula tahu bulan ni memang banyak manfaatnya. Macam2 perkara ganjil boleh berlaku.
Perkara yang berlaku ini sekitar jam 3 pagi. Mungkin la sebab aku sendiri tak berapa nak ingat. Almaklumla, diri semakin tua, jadi banyak benda kita lupa. Tapi aku tetap respect nenek aku yang ingatan dia sangat kuat sampai boleh cerita sesuatu seolah2 peristiwa tu baru berlaku semalam. Hehe.. Ok, back to the main topic. Semasa kejadian aku tetiba terjaga dari tidur seolah-olah ada orang mengejutku. Aku terus tak boleh melelapkan mata walaupun aku cuba. Lagi2 sewaktu itu rumah aku dan rumah sekeliling black out. Memang gelap gelita.
Aku yang tidur berseorangan dibilik, sebab masa tu aku sorang je anak perempuan, tetapi aku tak fikir apa2 akan berlaku. Sehinggalah tetiba bilik aku seolah2 dicurahi cahaya sedikit demi sedikit. Cahaya tu datang dari luar, tapi dapat aku lihat terangnya melalui tingkap bilik aku. Aku tak berani nak buka tingkap walaupun sekejap. Jadi aku yang ketakutan juga time tu mendiamkan diri sahaja dan lihat ape yang akan berlaku. Cahaya tadi terus bergerak menuju ke barat. Aku mula pikir sama ada ianya UFO. Tapi kenapa cahayanya sangat terang sampai dapat menerangi rumah aku. Sampai sekarang aku tak tahu apekah cahaya tu. Kalo korang tahu serba sedikit bgtahu la. Aku betul2 nak tahu. Dan apa yang pasti peristiwa tu berlaku pada malam Nuzul al-Quran.
*********************
Peristiwa kedua pulak berlaku sewaktu aku tingkatan 3. Waktu tu aku stay up sebab aku akan menduduki peperiksaan Darjah Khas. Darjah Khas ni hanya ada kat Johor jek dan periksa ni sangat penting. Erm.. Aku tak berapa pasti waktu kejadian. Mungkin pkl 2 lebih pagi. Tapi yang penting ianya dalam 10 mlm terakhir ramadhan. Waktu tu aku memang khusyuk menghafal dan membaca buku2 agama ni. Kebetulan ayah aku pula sedang solat sunat di biliknya. Jadi aku takde la berapa nak takut duk sorang2. Sesekali pikiran aku melayang pada cerita2 mengenai malam 10 akhir ni. Dalam hati aku terdetik kalaula aku dapat alami peristiwa yang orang lain takkan pernah alami.
Tetiba di waktu malam yang sunyi, aku terdengar suara seseorang yang agak garau sedikit bunyinya memberi salam pada aku. "Assalamualaikum". Itu sahaja yang aku dengar. Suara itu datang dari arah depan rumah. Memang sangat jelas bunyinya. Bulu roma aku mula meremang. Lantas aku pergi ke bilik ayah aku untuk bertanyakan sama ada dia juga ada dengar atau tak orang beri salam. Sebaik aku sampai bilik dia, dia tengah tidur di atas sejadah. Aku terus kejutkan dan tanya. Tapi dia kata tak dengar. Jadi aku sorang aje ke yang dengar? Erm.. suara siapakah itu..
16 tukang karut:
selamat menyambut ramadhan n berpuasa nard...
bestkan nard dpt rasai peristiwa 1o mlm terakhir ramadhan....
i wish dis year u can get it again... i hope i can too....
wow..bestnye dpt pegalaman dlm bln puasa tu..huhu...
lama xjenguk sini pekaba..hehe
slamat berpuasa n menyambut bln ramadhan ek...;)
Salam Ziarah.
Terima kasih kerana bertandang ke blog uncle.
Uncle ucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan yang berkat ini.
Tentang kejadian pelik itu uncle tidak boleh nak ulas sebab yang bukan ramai yang alaminya. Incle pun pernah tertidur di sejadah bila tiba saat yang sepatutnya jaga. Macam abah Nadia juga.
selamat berpuasa dik.
:)
slamat pose yaaa
slmt berpose nard..
eh ade ker UFO nie nard..
mebe yg beri slm tue malaikat ?
to speckurosaklagi: ya, saya pon nak rasa lagi. tp mcm takkan jek. hehe.. semoga kamu berjaya rasainya.
to farah: selamat berpuasa jugak sis. hehe..
to joegrimjow: sama la encik joe. berpuasa penuh. insyaallah.
to kf: yg malaikat tu mgkin la. pikir camtu jugak. yg ufo tu tak sure. hehe..
to speckurosaklagi: ya, saya pon nak rasa lagi. tp mcm takkan jek. hehe.. semoga kamu berjaya rasainya.
to farah: selamat berpuasa jugak sis. hehe..
to joegrimjow: sama la encik joe. berpuasa penuh. insyaallah.
to kf: yg malaikat tu mgkin la. pikir camtu jugak. yg ufo tu tak sure. hehe..
Gua mewakili seluruh ahli PARADOKS mengucapkan selamat ber Ramadhan kepada kalian dan moga Ramadahan kali ini menjanjikan seribu kerahmatan buat kita semua. amin.
-Aloy Paradoks
gugu..gaga.. hahahha..
uishh.
best gk pengalamn cmni.
selamat hari raya.
selamat berpuasa :)
slamat berpose...
slamat berpose...
wahh...nard sgt lucky! hani pon nak rasa gak peristiwa2 camtu.. insyaallah...:)
to paradoks: salam ramadhan juga. :-)
to nuo vic: gugu gaga era ke?
to encik ariff: eh.. belom raya lagi k? hehe
to 13may: selamat berpuasa jugak:-)
to dakchomey: selamat berpuasa:-)
to haniey: mudah2an hani pon akan alaminya. hehe..
Post a Comment