Tahun ni merupakan pertama kali dalam tempoh 6 tahun aku berpuasa penuh di rumah sendiri. Setelah sekian 5 tahun itu aku merantau menimba ilmu. Ahaks.. Bukan la sampai overseas pun aku pegi study. Dalam Malaysia je pun. Start dari aku di MRSM sampai la ke U. Uiks.. sangat banyak experience berbuka puasa.
Masa kat MRSM, aku suka sangat time makan2 ni. Bukan pe, makanan kat sana sedap weh. Aku tak tipu. Dan menu berbuka puasa yang paling aku suka waktu kat sana adalah nasi tomato. Masyuk. Ikutkan mahu aje aku tambah2 nasi, tapi pikirkan aku disatu tempat public. Dan kami akan berbuka puasa secara dalam homeroom (homeroom ni mcm family la). Jadi tak boleh nak makan secara begitu. Hehe.. Pas makan kena hurry up pegi surau untuk solat berjemaah. Rindu bangat!!
Bila berbuka puasa kat Matrik pun best jugak. Tapi suasana berbeza la sedikit sebab makanan kena beli sendiri. Dan kami makan kat bilik jek. Tapi nice what. Aku tak boleh lupakan makan bersama-sama room mate aku, Nad dan Naili. Makanan pun not bad sedap. Iyargh..aku memang kuat makan!!!
And finally, 3 tahun berbuka kat Penang yang Indah. Makanan also sedap. Tapi mahal la sikit. Besela tu kan. Aku tak boleh lupakan karipap ayam 60 sen yang dijual kat bazar depan USM. Kalo la boleh pos karipap tu, nak je aku suruh sesape tolong belikan. hehe.. Sepanjang berbuka puasa, aku biasa makan dengan Fad and Shak. Kalo dorang ada hal baru aku makan dengan Kak Ain. Dan sesekali dengan Aden. Kenapa sesekali, sebab dia akan selalu berbuka dengan Fid. Tapi sesekali berbuka juga dengan diri sendiri. oh.. maksudnya sorang2 la.
Kepada you guys yang berbuka puasa kat hostel tu, hargailah masa ni. Benda ni takkan datang lagi except korang sambung study lagi. Tapi berbuka dirumah pun best sebab lagi banyak juadah yang family korang support. :-)