dilemma


Baru-baru ni aku macam ada masalah dalaman la. Aku susah nak menerima seseorang untuk ada ikatan dengan family aku. Dan overall adalah girls. Kenapa ya?

Tapi aku rasa bukan sekarang, dulu pun aku dah start macam ni. Aku suka usya slack dengan orang. Memang habit aku ke? Dulu memula adik aku nak ada girlfriend, aku tak boleh nak terima sebab dia freehair. Aku seboleh-boleh kasi dorang break. Jahat seh. Tapi memang ending nya break. Ada orang cakap, orang pakai tudung pun bukan baik pun. Ya, aku tak nafikan. Aku pun memang tak baik pun. Entah-entah dosa aku lagi banyak dari orang yang aku usya slack tu. Huhu..

Aku nak buang sifat ni, tapi tak boleh. Even though perempuan tu pandai camne pun, ex-SBP yang tip top sekali pun, aku cam tak boleh terima. Tapi ape hak aku. Aku bukan leh buat ape pun. Aku ni busuk hati ke? isk..isk..

Tapi perempuan tu tetap membuat usya slack aku menjadi-jadi bila dia buat perangai yang annoying. (Tak payah la mention ape. Imagine sendiri la ye guys.) Huh.. Lagi aku jadi tambah-tambah menyampah dan tak boleh nak terima. Ceh..macam la family aku ni dari kalangan syeikh ke ape sampai suma nak perfect kan? oh..please help me.

Adakah aku kena bersihkan hati supaya aku tak selalu memandang serong pada seseorang?

post untuk 2010

Lama dop kawe rehat? haha.. Setelah cool, dan cari idea, baru aku nak jejak balik blog aku yang tak seberapa initipati nya. Guys, rasanya tak terlambat untuk aku wish Happy New Year. Hehe.. Kat mana aku sambut? Better not to ask that. Aku tak suka join dan meng crowded kan diri ke dataran Tanjung Mas dan melihatkan bunga api yang hanya setinggi pokok kelapa sawit. So, there is no place like home. :-)

For sure, aku juga merasakan kesedihan berpisah dengan 2009. Banyak rentetan untuk aku ceritakan. But, I should choose what's the best. Oh yeah! Ini bukan best lagi kalo ceritanya tentang aku accident mac 2009. Itulah pertama kali aku mengalami pengalaman accident. Sorang2 plak tu. Dan yang lagi mencuakkan aku kerana waktu tu aku pakai motor Ego Kak Ain. Peh..cuak seh. Tuan punya motor yang balik ke BP waktu tu pasti marah bila dia dapat tahu motor dia cedera parah dari aku. Memang pun dia marah. Tapi nak buat camne, salah aku jugak. Dan sesungguhnya aku kurang berminat untuk membawa motor (cewah). Luckily aku dah ada kereta sendiri sekarang. Hehe..

But, since that aku sangat ngeri bila memandu di jalan licin. Sebabnya aku accident terlanggar bonggol yang aku tak nampak depan Saujana. Lagi-lagi tengah hujan dan menuruni bukit. Dan kedengaran orang menjerit ..AAAArgh... dari atas blok saujana. Mungkin sebab menyaksikan seorang gadis jatuh motor macam superman. Wtf. Bukan nak turun blok tolong aku ke. Tapi sebenarnya kalo dorang turun pun aku lagi malu coz dorang pasti akan tahu sape sebenarnya gadis misteri yang accident tu. Jadi aku cepat2 bangun. Syukurlah semua anggota badan aku takde pape. Kang lagi teruk kalo ada ambulans masuk Saujana dengan pak guard skali datang. Lagipun aku takde lesen motor okay. Jadi aku takut lagi berat kes tu.

Aku pun balik dengan membawa motor dalam keadaan yang lemah gile. Sampai2 bilik aku cite kat Aden dan call abah sambil nangis2. Memalukan sungguh. Haha.. Tapi ape2 pun perkara tu tetap takkan aku lupakan lagi2 dengan parut yang masih ada. Sungguh meninggalkan kenangan sewaktu di USM. Pasal ni aku ada cerita dalam kembali.





Lupa kan kisah 2009. Let bygones be bygones and start a new life. Azam baru? erm..aku tak terpikir pasal azam baru pun sebab tiap2 bangun pagi aku mengazamkan diri sendiri untuk sesuatu perkara tu. Hehe.. Be determined. Kalo kita dah aim sesuatu, teruskan ok? Teruskan capai ke tahap itu. Dan bagi aku, tahap yang aku impikan ialah kesenangan dengan keredhaan dariNya. And one more thing, aku nak cepat2 kahwin. Ooopps... Perlu berterus terangkah? :-p

Oh ya, satu benda untuk dikongsi bersama. Oleh kerana isu penggunaan nama Allah oleh Herald The Weekly Magazine sekarang ni, aku nak paste satu gambar yang mendatangkan ketidak senangan hati (am i spell right?) di kalangan kita (umat Islam). Erm..