Ahad yang lepas, semasa aku dengan mak aku duk tunggu abah nak siap-siap pegi pasar tani, tetibe ada benda bising dari arah dapur. Bunyi macam ada periuk terjatuh. Mak terus pegi dapur nak tengok ape-ke-benda la kan. And, what surprising us was.... ada sekor anak kucing terjatuh dari celah bumbung ke dapur aku. Erm.. camne ek nak describe, tapi yang penting kucing ni dari atas bumbung la.
Ya, anak kucing, mesti la sangat cute kan. Kalini anak kucing yang wujud kat umah aku berwarna mata biru. Wow.. mengancam k? Kalah artis-artis hollywood. Tapi, yang aku tertarik kat kucing ni adalah dia ni sangat garang. First time aku jumpe ada anak kucing yang GRRRR all the time bila rasa dirinya diancam.
Jadi, kami buat konklusi sendiri, mungkin sebab kucing ni lahir kat atas bumbung, jadi life dia tak pernah tengok manusia. Jadi, tu yang dia garang. Tambahan atas bumbung, mungkin tikus jek komuniti dia. So, tikus dengan kucing mana ngam kan. Abah plak cakap, entah-entah kucing ni mix dengan jin. Tu yang dia garang semacam. Haha..
Tapi, lama kelamaan, kucing ni dah boleh sesuaikan life dengan manusia. And dah tak garang la. Baru-baru ni pulak, ada lagi sekor adik beradik kucing ni ikut jejak langkah dia nak terjun dari bumbung. Aiseh, kecewa ke agaknya sampai nak bunuh diri. Apa-apa pun, kucing tu pun berjaya diselamatkan. Dan kami tempatkan dia duduk sama-sama ngan kucing yang memula tadi.
Oh ya, lupa plak kan, kucing yang mula-mula tu berbulu kuning. Yang kedua tu pulak, warna hitam. Comel sangat sebab kepala dia kecik. hehe..
Dan yang hitam ni pun tak kurang hebat garangnya. Korang layan la video kat bawah ni. Cuba la fokus nanti ada bunyi cam GRRRRR dari kucing tu. Aku guna stick untuk acah-acah kucing ni sebab aku takut nnti dia gigit walaupun kucing ni kecik lagi. Haha..