neway, ni kira masuk event lepas jugak la. lawatan sambil belajar aku. fyi, school of biology memang slalu wat field trip. tapi tidak pada major aku. huhu..jadi bila lecturer cakap nak wat field trip, memang suka gile bebudak kelas aku. macam tak pernah keluar naik bas jek aku tgk muka dorang. muahaha. aku pon sama jek.
ekceli, dah lama dah plan nak wat field trip. tapi terpaksa ditangguhkan atas alasan mid term test. so, tak apa lah. finally, 26.02.2009 memcatatkan sejarah dimana kami telah keluar menjalankan trip. yeah..
pagi itu, aku yang blur2 tanya pada liyana pasal field trip.
aku: yana, kita nak pegi mana?
yana: pulau burung. kat landfill.. tempat pembuangan sampah.
tempat pembuangan sampah?? aku pon macam..what the...?? aku tambah blur. tak pe la. asalkan aku dapat keluar tengok pemandangan. haha..
so, perjalanan mengambil masa satu jam nak ke pulau burung yang terletak di seberang. i mean tanah besar. masuk keluar highway. and, finally sampai ke nibong tebal. bajet dapat lalu depan USM kejuruteraan, tapi tak pon. haha..
ya..pulau burung bukan pulau sebenarnya. aku tak tahu mane dapat perkataan pulau kat situ. ape yang pasti, tempat ni tempat burung2 imigran datang singgah. memang banyak burung. macam2 jenis ada. so, sampai2 simpang landfill, dah bau semacam jek. memang tak dapat dinafikan, bau sampah sangat2 kuat sampai dalam bas kami yang ada air-cond ni pun boleh tembus. huhu..
sampai2 jek, kena dengar ceramah. hoh..dah la air-cond kat bilik tu tak berfungsi. memang panas la. dengan bau kat luar yang agak tidak menyenangkan. haha..
lepas dekat satu jam dengar ceramah, baru leh wat lawatan sambil belajar kat sini. tujuan aku letak entry nih kira cam bagi kesedaran la. hehe.. see, baru awal pagi pon sampah dah penuh satu lori nih.
akhirnya, destinasi terakhir lawatan adalah di jeti. jeti ni tempat untuk ambik sampah yang datang dari pulau pinang.
so, kena turun untuk dengar penerangan lagi. aduyai.. tapi, kami kat belakang bukan dengar pon ape yang diterangkan. haha.. teruk betul ini perangai. jadi kami pon bergambar. :-p
oke2.. sekarang sume kena naik bas pulak. waktu untuk pulang. tapi, aku dengan yana kena teman sorang akak master nih. dia kena ambik sample leakage sebagai kajian projek dia.
sekarang, masa untuk balik. kami kena rush sebab petang pukul 3 ada test marketing pulak. huh.. sampai2 USM pukul 2 sudah. makan2, solat.. so tak sempat nak revise balik untuk test marketing petang nih. tawakal jek la jawab exam.
dah last2 tu, aku tak tahu ape aku jawab coz kepala dah start pening sebab panas tadi. huhu.. so, panjang tak entry kalinih. ngeh2. papepon, konklusinya aku nak beritahu bahawa kurangkan penggunaan plastik sebab plastik yang korang pakai tu non-biodegradable. nnti mendatangkan prob pada environment kita. cewah..macam duta plak. :-p