Pijie... Rindu kamu..

Assalamualaikum. First of all aku nak ambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang beragama Islam. Aku jugak nak mintak ampun maaf zahir dan batin sekiranya ada entri-entri aku yang mengusik jiwa nurani korang, membuatkan korang terasa dan terkecil hati. Mungkin ada tanpa aku sedari. Apa-apa pun aku mintak ampun ya. Hehe..

And post kalini takde kena mengena dengan raya. Cuma aku tertarik info mengenai Pijie dari Band Bittersweet. Korang kenal tak???? Aku rase cam tipu la kalau tak kenal kan. Dorang ni agak feymes macam Hujan jugak. Tak kenal jugak, ni aku letak gambar Bittersweet yang dulu.


Kenapa aku kata 'dulu'?? Sebab sekarang band Bittersweet ni tidak lagi dianggotai oleh Hafiz dan Pijie. Urm.. Mana-mana band pun aku rasa Lead Vocalist memang mendapat perhatian. Jadi dalam Bittersweet, Pijie memang la feymes. Dan sedih jugak bila aku dapat tahu si Pijie ni dah mengundurkan diri. Ok, munkin aku terlambat tahu mengenai info pasal si Pijie ni keluar band, tapi aku tergerak hati nak tahu sebabnya.

Aku pun google punya google, aku tertengok Myspace band ni. Sekarang Lead Vocalist dah digantikan oleh Hafizan. Suara boleh tahan. Memang buat aku tak perasan sangat perbezaan Fizan dengan Pijie. Suara dekat-dekat sama.Jadi takde la boring kan walaupun Bittersweet bertukar Vocalist. Hehe..

Dan aku tertarik petikan ini dari Myspace dorang.

"....
charismatic Fizan was handpicked by Herri to replace the departure of original singer Pijie, who left for more spiritual pastures, denouncing a rock & roll career to learn the ways of Islamic Sufism..."

Terkejut aku. Pijie dah berubah. Ini serius. Perubahan yang Pijie buat ni memang aku respect. Ini la namanya Hijrah. Penghijrahan dri yang kurang baik ke lebih baik. Bukan la kata aku mahu stop dari memngikuti perkembangan Bittersweet. Aku masih tetap menyokong dorang. Dan keputusan yang Pijie buat memang aku sokong.

Dan dengar kata Pijie berubah lepas tengok The Arrivals. Betul ke??? Ok, sini link blog The Arrivals. Memang sedikit sebanyak buat aku memuhasabah diri sendiri. Aku rasa cam jahil sangat. Perlu melakukan perubahan juga macam Pijie. InsyaAllah. Moga aku diberikan kekuatan untuk melakukannya...


Pijie