seorang ayah yang berat sebelah..

"Nad, nanti sabtu petang kita pegi cc ek. Aku nak isi borang keje online la. Aku tak tahan ayah dengan adik aku dah kutuk2 aku tak kerja".

Itulah mesej yang aku terima dari seorang kawan baik aku, Lisa (bukan nama sebenar oke).

Lalu aku membalas, "Ko nak isi keje online? Sekarang bukan senang nak dapat keje Lisa. Baik ko sambung belajar jek". Aku tersentuh menerima sms dia di satu pagi. Bersungguh2 dia ajak aku pegi cc. Atas dasar nak tolong kawan sendiri, aku pun mengiyakan.

Aku sangat kasihan dengan dia. Seolah2 di anak tirikan oleh ayah sendiri. Aku teringat satu hari aku ke rumah dia, time tu kebetulan nak pegi cc jugak. Hanya RM5 yang diminta, tapi aku sangat tak faham kenapa dengan perangai ayah dia sampai dibaling jek RM5 tu. Tak boleh ke bagi duit tu dengan cara yang betul. Duit tu rezeki. Melihat keadaan itu, mak dia menangis tapi cube selindung dari aku. Walaubagaimanapun, aku tahu mak dia sedang menitiskan air mata.

Mak dia pernah juga bertanya pada aku,

"Nadia, ayah ada bagi duit tak kat mak?" Aku pelik dengan soalan mak cik tu. Kan seorang suami perlu bagi nafkah zahir dan batin pada isteri. Begitu juga dengan ayah aku. Tentula dia akan bagi sedikit wang pada mak kalo mak memerlukan. Begitu juga dengan anak2 dia.

"Bagi". Jawab aku memberitahu yang ayah aku akan bagi duit.

"Pakcik tak pernah bagi makcik duit. Dengan jual ais krim dan jajan ni la makcik kumpul duit sendiri." Sedih aku dengar. Berapa sen la dapat duit dari berniaga macam tu. Lagipun berniaga kat rumah dan budak2 yang datang boleh bilang. Memang tak sampai 10 orang.

"Pakcik kalo Ita nak duit, macam senang jek pakcik bagi. Tapi dengan makcik dan Lisa, tak da pun." Ita tu adik kepada Lisa. Dia belajar di sebuah politeknik di Utara. Memang anak emas ayah dia. Punya sayang pada Ita, lesen moto kereta yang bernilai RM1+++ pun dia sanggup bayar. Tapi kenapa Lisa nak duit sedikit jek untuk belanja payah dia nak bagi.

Aku bersyukur sebab ayah aku bukan pilih kasih. Dia melayan semua anaknya sama rata. Takde yang lebih atau kurang. Aku bersyukur keluarga aku bukan macam keluarga Lisa. Harapan aku sekarang, moga Lisa dapat keluar dari belenggu keluarga dia. Kalau aku ditempat dia, mungkin aku boleh terkena tekanan perasaan.

Aku mengepos entry ni sebab aku rase benda ni bukan berlaku pada keluarga Lisa jek. Tapi mungkin pada orang lain. Apa2 pun, sebagai renungan sahaja.

10 tukang karut:

Anonymous said...

emm terkesima saye bece n3 nie..

akhis said...

~bersyukur abah kita adil ngan semua anak2....

Hani Kila said...

sedihnya kalo jadi macam Lisa ni...
walaupon keluarga hani bukan nya kaya sangat, tapi abah stil bley tolerate dengan anak2 dan isteri...

Unknown said...

uiks.. member ko yg duk sebelah aku ker time kt cc tu.. huh, x perasan la.. ( member aku bukak lagu raye malam2 nie) sedey rasenyer..) :p

speckurosaklagi said...

sian dia..ko tolong ar if ada kija kosong kat tmpat ko..

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

huhuk sedihnya baca post ni. kesian kawan kamu. ada hikmah disebalik sume ni.

n a r d indie winkie said...

to KF: hehe.. terkesima plak.

to akhis: sama2 kita bersyukur.

to haniey: sama la kita. huhu.. moga2 benda camni dielakkan.

to nuo vic: sila rahsiakan. haha..

to speckurosaklagi: kalo aku bos boleh aku tolong kasi dia keje.

to kakijalan: mudah2an begitu la.

nich said...

huhu kesian mmber tu kan.. syukur sebab kita semua xmcm tu kan.. mst mmber awak tu sgt tabah.. huhu

GoLd SworD said...

ntah la..mungkon ad reason bapak tu wat macam tu...ap2 hal pun, dugaan je tu..sabar2...lisa pun satu..awatla duk umah jer..klu cari keje awal2 kan sonang..hhihihii..habis je blaja,xpyh balik umah pun xper..asal keje da dapat..:)

eiza in the house.. said...

mmg kesian ngan kwn nard tu..hope dia cepat2 dpt keje..tunjukkan kat ayah dia, dia pun leh berjaya..